Sesetengah Pengusaha Kantin Sekolah Menganiaya Murid-Murid..

 On Monday, January 8, 2018  

Sesetengah Pengusaha Kantin Sekolah Menganiaya Murid-Murid..

Sesetengah Pengusaha Kantin Sekolah Menganiaya Murid-Murid..

Oleh : Al Irfan Jani
Idea ini bermula bila satu hari, saya tertonton satu rancangan di MHI, bilamana seorang aktivis yang membongkar isu ini.
Baru saya tahu betapa bobroknya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif. (Saya sebut SESETENGAH pengusaha, jadi kalau ada pengusaha kantin yang mengamal makanan bagus dan sihat, jangan nak sentap pula).

Gambar Hiasan
Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah polos, suci, alami perkara-perkara di bawah:
1. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.
2. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, "Dua, seringgit," sedangkan boleh diberitahu harga seunit "Satu, lima puluh sen."
3. Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.
4. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.
5. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan. T_T
6. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.
7. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.
8. Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis.
9. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi T_T
10. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.
Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.
Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.
Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sekolah sana?
Masih adakah ibu bapa yang bagi duit saku saja, dan TAK PEDULI anak makan apa?

Ulang siar entri Sesetengah Pengusaha Kantin Sekolah Menganiaya Murid-Murid.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Sesetengah Pengusaha Kantin Sekolah Menganiaya Murid-Murid.. 4.5 5 Unknown Monday, January 8, 2018 Sesetengah Pengusaha Kantin Sekolah Menganiaya Murid-Murid.. Oleh : Al Irfan Jani Idea ini bermula bila satu hari, saya tertonton satu...


No comments:

Post a Comment