Bencana Tsunami Di Palu Angkara Maksiat? Ini Jawapan Ustaz Muhammad Razif.

 On Wednesday, October 3, 2018  

Bencana Tsunami Di Palu Angkara Maksiat? Ini Jawapan Ustaz Muhammad Razif.

Bencana Tsunami Di Palu Angkara Maksiat? Ini Jawapan Ustaz Muhammad Razif.

Pada 28 September 2018, satu bencana gempa dan tsunami telah melanda Palu, Sulawesi. Setakat ini 1,200 maut angkara bencana itu dan masih ramai lagi dilaporkan hilang.

Perkara yang menyayat hati itu mendapat simpati ramai pihak sehingga menubuhkan tabung bantuan kilat bagi menghulurkan pertolongan kepada kira-kira 200,000 keluarga yang terjejas.

Sesetengah pihak pula memberikan respon dan pemerhatian apa sebenarnya punca berlakunya tragedi itu, antaranya PU Amin.



"Ulama di Indonesia bersepakat bahawa malapetaka besar yang berlaku secara berturut-turut di Lombok dan Palu adalah kerana MAKSIAT yang berleluasa di muka bumi. Setelah hadirkan nasihat, Allah SWT turunkan laknat agar manusia beringat,"
katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun PU Amin, atau nama sebenarnya, Amirul Amin tidak memberikan sumber dari mana beliau memperolehi kenyataan itu.




Kenyataan oleh PU Amin itu kemudiannya tular dan mendapat reaksi ramai pihak. Terutamanya respon berbentuk kecaman dan geramkan PU Amin kerana dianggap bercakap sebarangan tanpa menjaga sensitiviti pihak yang terjejas.

Sherry Abdullah : "Bayangkan eh, kalau ahli keluarga kita ditimpa musibah. Rumah kecurian ke apa ke or ada yang kena bunuh, then someone yang entah sapa sapa datang cakap “ni mesti sebab dosa sebab tu dapat bala....” Apa perasaan kita? Idk kenapa aku sedih sgt dgn PU Amin ni. Yall can hate me now".


Zamir Mohyedin : "PU Amin ini kita bukan kisah sangat pasal style dakwah dia. Lembut ke, keras ke, orang tak ambil pusing sangat. Orang marah sebab dia ini ambil kerja Tuhan. Apa tindakan dan niat Tuhan, dia tahu. Orang ingat kita tegur sebab style dakwah. Bukan style hoi, tapi dia "Play God".

Hermy Rahim : "PU Amin ni tengah rasa cara dia pejuang kan agama adalah betul. Dia makin rasa andaian dia betul bila dia tengok ramai orang marah dia dan maki dia sebab dia sangka kita semua umat akhir zaman. Aku tak ada lah nak marah dia sebab dia sembang agama tapi dia bodoh sangat".


Brgjsks : "Aku tak risau sangat pasal apa yang orang fikir pasal PU Amin ni. Aku risau bila PU Amin rasa apa yang dia buat tu betul and dia rasa dia antara golongan yang dikecam oleh orang akhir zaman sebab dia rasa apa yang dia buat tu betul padahal.... salah cara...technically....".

Saf : "Weh mesti PU Amin rasa semua kutukan dia dapat kat twisder ni cabaran Allah pastu dia rasa dia special gila sebar dakwah but banyak halangan, padahal dia bodoh je".
Suchism : "PU Amin tu pun jenis attention seeker ek. Buat kenyataan kat Twitter, bila ramai orang persoalkan, tak jawab, pastu delete tweet. Jenis tak bertanggungjawab dengan statement sendiri".

Hanimomo : "PU Amin ni apahal pukimak sangat eh? Family yang ada meninggal sanal sedara semua dia tak fikir ke apa? There’s a time and place for everything".

Caprice turut memberikan respon mengenai kenyataan PU Amin itu.



"Salam PU, maaf Caprice nak tegur secara terbuka. Tweet awak tentang tragedi di Indonesia itu tidak tepat dan menyedihkan saya.

Sepatutnya kita mendoakan keselamatan saudara mara muslim kita di Indonesia. Doa untuk mereka dan bukannya membuat andaian kenapa itu ini semua terjadi.

Harap PU faham. Salam dan semoga dilindungi Allah. Doa saya buat mangsa dan keluarga yang terjejas di Indonesia," tulis Caprice di ruangan komen atas post itu.

Disebalik pelbagai komen yang marah-marah itu, terdapat satu respon yang sebenarnya menjawab apa punca berlakunya tsunami dan gempa bumi di Palu, baru-baru ini.

Baca ulasan oleh Ustaz Muhammad Razif dibawah ini;

Oleh : Muhammad Razif

1. Indonesia berada dalam Lingkaran Api Pasifik (Ring of Fire). Maka, tsunami adalah hal yang secara saintifiknya boleh dijangka akan berlaku. Tanpa menafikan kuasa Allah SWT menurunkan peringatan kepada hamba-hamba-Nya, kita juga tidak boleh mengenepikan hukum alam yang sudah ditentukan-Nya.

2. Setiap bencana alam yang muncul, semuanya untuk dijadikan pengajaran oleh manusia. Firman Allah SWT: “Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Menge­tahui segala sesuatu.” (Surah al-Taghabun : 11)

3. Ada dua ufuk pemikiran ekstrem yang perlu dimurnikan. (i) Menolak terus kaitan bencana alam dengan peringatan Allah (ii) Menganggap bencana alam hanya semata-mata peringatan Allah akibat maksiat dan dosa manusia tanpa melihat sabab (cause) dan musabbab (effect) dalam kerangka kausaliti yang lebih luas.

4. Sebaiknya, kita beriman sepenuhnya dengan ayat al-Qur'an hadis berkenaan bencana sebagai peringatan Allah SWT. Dalam masa yang sama, kita juga menerima faktor-faktor alami yang membawa kepada bencana tersebut. Jika diteliti dalam ayat-ayat berkenaan, Allah SWT mahukan hamba-hamba-Nya gerun akan azab, bertambah iman dan amal dengan melihat kekuasaan-Nya melalui bencana alam ini. Maka, itulah yang dikehendaki-Nya. Bukan menuding jari kepada maksiat sesiapa semata-mata, mahupun mewujudkan dikotomi antara kuasa Allah dan alam semulajadi.

Sekadar tulis apa yang terlintas.


Untuk rekod, PU Amin telah memadamkan kesemua postnya di sosmed yang menyalahkan maksiat punca berlakunya bencana di Palu tanpa memberikan apa-apa penjelasan lanjut mengenai tindakannya itu. - SoZPress.

Ulang siar entri Bencana Tsunami Di Palu Angkara Maksiat? Ini Jawapan Ustaz Muhammad Razif. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Bencana Tsunami Di Palu Angkara Maksiat? Ini Jawapan Ustaz Muhammad Razif. 4.5 5 Unknown Wednesday, October 3, 2018 Bencana Tsunami Di Palu Angkara Maksiat? Ini Jawapan Ustaz Muhammad Razif. Pada 28 September 2018, satu bencana gempa dan tsunami telah...


No comments:

Post a Comment