Kronologi Lengkap Nahas 6 Anggota Bomba Lemas - Identiti & Punca Kejadian Dikenalpasti (Video Inside).

 On Thursday, October 4, 2018  

Kronologi Lengkap Nahas 6 Anggota Bomba Lemas - Identiti & Punca Kejadian Dikenalpasti (Video Inside).

Kronologi Lengkap Nahas 6 Anggota Bomba Lemas - Identiti & Punca Kejadian Dikenalpasti (Video Inside).

Tanggal 3 Oktober 2018, satu tragedi menyayat hati berlaku apabila sekumpulan anggota bomba yang menyertai pasukan SAR dalam operasi mencari dan menyelamatkan seorang mangsa lemas berusia 17 tahun berakhir dengan nahas.

Perkara menyedihkan itu kini diratapi satu negara dan rata-ratanya menyatakan perasaan sedih dan simpati atas apa yang terjadi.





Kronologi seperti yang disebarkan Syed Azmi;

👉 Pada jam 6 petang seorang remaja lelaki yang berusia 17 tahun terjatuh ke dalam lombong yang airnya sangat deras.

👉 Beliau dilaporkan berada disitu untuk memancing bersama dua temannya yang lain. (laporan BERNAMA)

👉 Menurut info yang diterima wakil kami, sumber memberitahu mangsa yang dikenali sebagai F (buat masa sekarang kami merahsiakan dulu nama sebenar mangsa sehingga mangsa dijumpai) itu sebenarnya sedang menarik tali pancing yang tersangkut sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong.

👉 Ini pula maklumat viral dari WhatsApp;

ANGGOTA PASUKAN PPDA JBPM SERAMAI 6 ORANG LEMAS KETIKA OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DI AIR

Alamat : Lombong Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan La Cottage, Selangor
Mangsa : 7 orang (6 pegawai PPDA, 1 awam)
Balai Terlibat : BBP Cyberjaya, BBP Shah Alam, BBP Pelabuhan Klang
Pegawai Operasi : PBK II Nik Mustafa
Catatan : Kejadian melibatkan seorang lelaki terjatuh kedalam lombong. Mangsa belum dijumpai dan terdapat 6 orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa. Kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke atas dan pasukan Perubatan yang berada dilokasi membuat CPR untuk menyelamatkan kesemua anggota PPDA yang lemas tetapi kesemua 6 orang pegawai bomba disahkan meninggal dunia. Maklumat kejadian akan kemaskini dari masa ke semasa.


👉 Siasatan pihak polis;

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata ketika kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, enam penyelam berkenaan baru lima minit berada dalam air, bagi menjejaki seorang remaja berusia 17 tahun, yang dilaporkan terjatuh ke lombong itu jam 5 petang semalam.

"Namun, secara tiba-tiba datang arus deras menyebabkan semua mangsa terbelit tali yang dipasang di antara satu sama lain, yang dipercayai menjadi punca peralatan menyelam dipakai mereka tertanggal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Abdul Aziz berkata, menyedari detik cemas yang dialami oleh rakan sepasukan itu, beberapa anggota bomba yang berada di tebing, berusaha menarik tali yang mengikat semua mangsa, namun tidak berjaya kerana berdepan tekanan arus yang terlalu kuat.

Katanya, selepas berusaha selama kira-kira 30 minit, mereka berhasil menarik naik mangsa yang pertama, sebelum disusuli yang lain.

"Bagaimanapun, ketika dibawa naik ke tebing, semua anggota penyelam berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Anggota paramedik yang berada di lokasi ketika itu turut cuba memberi rawatan kecemasan termasuk bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit, namun semua mangsa tidak memberi sebarang tindak balas sebelum disahkan meninggal dunia," katanya. (Sumber Berita Harian)

👉 Identiti mangsa-mangsa yang terlibat;



i) Mohd Fatah Hashim, 34;

ii) Izatul Akma Wan Ibrahim, 32;

iii) Mazlan Omarbaki, 25;

iv) Yahya Ali, 24;

v) Adnan Othman, 33, dan

vi) Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.


👉 Sebaran di WhatsApp pula;



Paparan tangkaplayar ini tular dari satu group WhatsApp ke satu group WhatsApp yang lain.

👉 Netizens kini marahkan komen Syahrom Caom;



Komen yang tidak sensitif dan menyakit hati terutamanya pada ahli keluarga dan anggota bomba yang mungkin membaca komen biadap ini. 

👉 Menteri KPKT turun padang dan menyatakan perasaan simpati.






Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, @zuraida_my menenangkan anggota keluarga salah seorang penyelam yang lemas ketika operasi mencari dan menyelamat di sebuah lombong di Puchong. (Bernama)

Beberapa ahli parlimen turut menyatakan simpati atas insiden malang itu antaranya Nurul Izzah, Steven Sim dan Noh Omar. 



👉 Pertama kali berlaku dalam sejarah negara
Tragedi enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) adalah yang pertama dalam sejarah jabatan itu melibatkan sekumpulan anggota terkorban pada satu masa.
Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid yang ditemui di Hospital Serdang di sini, berkata sebelum ini ada insiden operasi SAR yang mengorbankan anggota bomba namun jumlah terlibat adalah kecil.

“Ini kali pertama (enam anggota terkorban). Dulu pernah berlaku kes seumpama ini dan kami hilang dua anggota.

“Kita telah melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) tetapi tidak berjaya menyelamatkan mereka dan ini satu kejadian amat menyedihkan kita. Satu kes yang begitu ramai kakitangan kita terlibat dalam kemalangan,” katanya. (FrontDesk).



Ulang siar entri Kronologi Lengkap Nahas 6 Anggota Bomba Lemas - Identiti & Punca Kejadian Dikenalpasti (Video Inside). bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kronologi Lengkap Nahas 6 Anggota Bomba Lemas - Identiti & Punca Kejadian Dikenalpasti (Video Inside). 4.5 5 Unknown Thursday, October 4, 2018 Kronologi Lengkap Nahas 6 Anggota Bomba Lemas - Identiti & Punca Kejadian Dikenalpasti (Video Inside). Tanggal 3 Oktober 2018, satu...


No comments:

Post a Comment