Astro Pertahan Tindakan Berurusniaga Dengan Syarikat Israel.

 On Saturday, July 26, 2014  





Astro Pertahan Tindakan Berurusniaga Dengan Syarikat Israel.



Berikut kat bawah ialah jawapan dari ASTRO setelah didesak bertubi2 oleh orang ramai untuk menjawab perkara tersebut di laman sosial. Perkara ini telah tersebar menerusi wassap.






Amdocs merupakan peneraju pasaran global bagi perisian serta perkhidmatan untuk penyedia perkhidmatan dalam industri komunikasi, media dan hiburan.



Ibu pejabat utama syarikat ini terletak di Amerika Syarikat dan ia tersenarai di Bursa Saham NASDAQ.



Ia mempunyai lebih 20,000 kakitangan dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 70 negara.



Syarikat tersebut juga mempunyai pejabat dan operasi penyelidikan di seluruh dunia dan seperti kebanyakan syarikat antarabangsa lain, mempunyai anak syarikat di beberapa negara.



Astro melantik Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan bagi pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem bil.



Anak-anak syarikat Amdocs yang dilantik telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia. – Astro Corporate Comm Dept



Sumber : Wassap.



Relax dulu. Nak tunggu kenyataan rasmi ASTRO disiarkan ikut laporan berita pula. Btw, semalam laman web ASTRO kena hack. Tapi macam biasa, sepantas kilat ASTRO boleh recovery punya.. ASTRO kot..



Ulang siar entri Astro Pertahan Tindakan Berurusniaga Dengan Syarikat Israel. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Astro Pertahan Tindakan Berurusniaga Dengan Syarikat Israel. 4.5 5 Unknown Saturday, July 26, 2014 Astro Pertahan Tindakan Berurusniaga Dengan Syarikat Israel. Berikut kat bawah ialah jawapan dari ASTRO setelah didesak bertubi2 oleh oran...


No comments:

Post a Comment