'Buku Kristian' Untuk Mangsa Banjir Kelantan - UMNO Buat Laporan Polis.

 On Friday, February 6, 2015  





'Buku Kristian' Untuk Mangsa Banjir Kelantan - UMNO Buat Laporan Polis.



Boleh percaya ke cerita dorang neh?






Pemuda Umno Pasir Mas mengemukakan satu laporan polis selepas mendapati pengedaran ‘kitab’ agama Kristian disertakan dalam plastik bantuan mangsa banjir di Kampung Slow Machang, Kelantan, menurut Utusan Malaysia hari ini.



Ketuanya, Noor Azmawi Abd Rahman berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut berhubung kitab itu yang diedarkan kepada penduduk setempat.



“Jadi, saya bersama beberapa NGO membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Pasir Mas berhubung pengedaran kedua-dua naskhah buku ini.



“Sehubungan itu, saya menggesa polis menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara tersebut dan mencari dalang sebenar.



“Bukan itu saja, kita juga mahu tahu apa tujuan mereka menyebarkan ‘kitab’ Kristian kepada orang Islam,” katanya dipetik berkata akhbar itu hari ini.



Akhbar tersebut turut melaporkan penduduk Kampung Slow Machang dikejutkan dengan pengedaran ‘kitab’ agama Kristian yang dipercayai dilakukan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semasa menyampaikan bantuan banjir bulan lalu.



“Kedua-dua buku berbahasa Melayu dalam bentuk komik itu berjudul Isa Al-Masih Kalimatullah dan Kisah Tentang Yesus Kristus.



“Difahamkan buku itu dijumpai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Suhaimi Mustafa sebaik saja membuka plastik bantuan banjir yang mengandungi barangan makanan dan keperluan harian,” lapor akhbar itu.



Selain laporan polis oleh Pemuda Umno, Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Pasir Mas, Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, Gerakan Belia 4B Pasir Mas dan JKKKP kawasan itu juga tampil membuat laporan sama.



Abdul Hamid Awang yang merupakan penduduk di kawasan itu berkata, buku itu diterima bersama bantuan daripada sebuah NGO yang dipercayai dari Sabah.



“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan seharusnya pihak yang terlibat perlu menjaga sensitiviti dan menghormati agama orang yang mereka ingin bantu,” katanya kepada Utusan Malaysia.




Ulang siar entri 'Buku Kristian' Untuk Mangsa Banjir Kelantan - UMNO Buat Laporan Polis. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

'Buku Kristian' Untuk Mangsa Banjir Kelantan - UMNO Buat Laporan Polis. 4.5 5 Unknown Friday, February 6, 2015 'Buku Kristian' Untuk Mangsa Banjir Kelantan - UMNO Buat Laporan Polis. Boleh percaya ke cerita dorang neh? Pemuda Umno Pasir M...


No comments:

Post a Comment