Pedofil Banjiri Kelantan Jika Laksana Hudud - PAS Jawab Datuk Noor Farida.
MENJAWAB KENYATAAN DATUK NOOR FARIDA ARIFFIN BERKAIT ISU HUDUD.
Saya merujuk kenyataan Datuk Noor Farida Ariffin jurucakap G-25 berkait isu hudud.
1. Kenyataan beliau bahawa, "Pesalah laku seks kanak-kanak akan berkerumun di Kelantan kerana di sana mereka boleh rogol kanak-kanak atau orang dewasa."
Kenyataan ini sangat prejudis, menghina dan jauh daripada bersifat ilmiah. Sepatutnya beliau yang berucap mewakili golongan cendikiawan G-25 berhujah secara rasional dan bukan dengan sentimen yang penuh buruk sangkanya terhadap hudud. Rujukan beliau bahawa pesalah rogol akan mudah terlepas hukuman disebabkan hanya empat saksi diterima dan bukti saintifik ditolak, jauh menyimpang daripada maksud sebenar. Beliau memberi gambaran mudahnya perogol dibebaskan, sedangkan banyak peringkat hukuman lain seperti takzir yang akan dilalui oleh pesalah tersebut.
Saya keliru, kerana selama ini beliau mempromosikan Malaysia yang sederhana dan menolak tindakan ekstrim yang akan merosakkan masa depan Malaysia. Tetapi ucapan beliau tersebut menggambarkan beliau sendiri terjerumus kepada bersikap ekstrim, emosional dan berlaku tidak adil kepada pihak lain.
2. Kita juga menuntut Datuk Noor Farida kemukakan satu solusi penyelesaian kepada jenayah yang berleluasa dalam negara kita. Jika anda menolak hudud sebagai penyelesaiannya, adakah ada solusi yang lain yang boleh dikemukakan yang terbukti berkesan menjegah jenayah dan beri keadilan kepada semua pihak.
3. Pemuda PAS Malaysia juga menjemput Datuk Noor Farida Ariffin untuk berdialog berkenaan isu hudud ini untuk menjelaskan kekeliruan dalam hal ini. Harapan kami agar pelawaan ini diterima sejajar dengan perjuangan beliau untuk melihat Malaysia yang lebih sederhana, bebas ekstrimisme dan memberi keadilan untuk semua pihak.
Mohd Nasaie Ismail
Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia
Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia
8.45pm
7 Februari 2015
7 Februari 2015
Ulang siar entri Pedofil Banjiri Kelantan Jika Laksana Hudud - PAS Jawab Datuk Noor Farida. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment