Peserta Himpunan #KitaLawan Bawa Payung Gay Kata UFB.

 On Wednesday, March 11, 2015  





Peserta Himpunan #KitaLawan Bawa Payung Gay Kata UFB.










Kempen ‘Kita Lawan’ yang dianjurkan di hadapan Kompleks membeli-belah Sogo pada 7 Mac lalu nyata memberi impak negatif terhadap imej negara ini apabila mengheret masyarakat turut serta dalam perhimpunan tanpa permit polis.



Namun, di sebalik kisah perjuangan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari berkenaan, apa yang turut mencuri perhatian khalayak apabila kelibat segelintir penyokong membawa payung berwarna pelangi.



Perkara tersebut dibangkitkan oleh Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang menyatakan kemungkinan penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak menyedari simbol kepada warna tersebut.



Beliau ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata warna-warna yang terdapat pada payung tersebut menyamai kepada gerakan yang menyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).



“Saya menerima maklumat tersebut dari salah seorang pelajar kita, dan apabila di teliti warna pada payung tersebut menyamai perayaan atau sambutan golongan LGBT yang mereka gunakan sebagai simbol gerakan.



“Saya tidak berniat menuduh mereka yang membawa payung tersebut terlibat dengan gerakan LGBT, namun tindakan mereka membawa simbol golongan tersebut ia boleh menimbulkan kekeliruan” ujar kepada SuaraTV sebentar tadi.



Fathul menerusi laman sosial Twitternya, memuat naikkan dua keping gambar antaranya memaparkan golongan LGBT sedang membawa payung tersebut yang dipercayai sedang meraikan satu perayaan.



“Payung GAY? Mungkin ada pendemonstran #KitaLawan x tahu payung itu simbol proLGBT. Tq @ai_fadhli atas keprihatinan,” tulisnya dalam status tersebut.



Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara lima tahun, bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun 2008.



Ekoran daripada itu Angkatan Muda Keadilan (AMK) menganjurkan satu himpunan haram bagi membantah tindakan yang dikenakan ke atas Ketua Pembangkang itu. - ST.




Ulang siar entri Peserta Himpunan #KitaLawan Bawa Payung Gay Kata UFB. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Peserta Himpunan #KitaLawan Bawa Payung Gay Kata UFB. 4.5 5 Unknown Wednesday, March 11, 2015 Peserta Himpunan #KitaLawan Bawa Payung Gay Kata UFB. Kempen ‘Kita Lawan’ yang dianjurkan di hadapan Kompleks membeli-belah Sogo pada...


No comments:

Post a Comment