Isu Aktivis Feminisme Perjuangkan Hak Makan Di Bulan Ramadhan - Ini Surat Terbuka Untuk Maryam Lee.
Surat Terbuka untuk Mrym Lee
Daripada : Fatimah Noor
Merujuk kepada isu Maryam Lee makan di tempat awam di bulan puasa .
1. Yang terutama; harus dan sentiasa dikagumi dan tidak dinafikan bahawa cik sentiasa mempunyai keberanian yang tinggi sebagai seorang wanita untuk mengekspresikan pendapat-pendapat cik terhadap isu-isu yang selalu berbangkit. Layanan yang cik terima sebagai seorang pelanggan di restoran tersebut adalah amat menyedihkan dan ianya tidak patut berlaku. Cik benar dalam mengutarakan hak sebagai seorang manusia yang mempunyai hak untuk membuat apa-apa yakni untuk membeli, dan bebas untuk makan di bulan Ramadhan walau di tempat awam sekalipun. Ya, benar itu adalah hak cik dan tidak ada mana-mana manusia yang harus menafikan hak tersebut.
2. Namun begitu, surat ini bukanlah bertujuan untuk memulakan permusuhan, perbalahan mahupun menjadikan mana-mana pihak bersifat antagonis dan jauh sekali berbaur kebencian. Surat ini hanyalah sebuah cetusan pemikiran seorang belia wanita kepada seorang belia wanita. Saya tidak mempunyai kesempurnaan yang penuh dalam aspek kehidupan saya termasuklah dari segi agama sekalipun. Saya juga tidak berani menggunakan ayat-ayat Tuhan atau dalil-dalil untuk berhujah dikhuatiri kepenggunaan yang salah. Jadi izinkan saya berkongsi pendapat melalui kepenggunaan rasionalisme dalam surat ini tentang situasi itu.
3. Senang untuk saya membawa pandangan saya kepada nilai kesantunan dalam konteks sosiobudaya Malaysia untuk hal ini. Dalam masyarakat, terdapat tiga cabang hubungan iaitu hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Tunggak kepada keseluruhan pembentukan sosial dan budaya dalam masyarakat adalah asas tindakan dan kelakuan, pembentukan hubungan, intisari nilai, dan pandangan. Termaklum dalam konteks sosiobudaya di Malaysia dalam pengiraan saya, salah satu asas dalam sesebuah nilai untuk hubungan antara manusia dengan manusia adalah kesantunan dan sempadan malu/segan.
4. Benar tidak dinafikan dan sedia maklum dan difahami bahawa kita sebagai wanita mempunyai ‘pelepasan’ beberapa hari untuk tidak berpuasa dan seharusnya untuk makan dan minum supaya mempunyai tenaga yang mencukupi untuk digunakan sepanjang hari. Tidak salah untuk cik makan dan minum di bulan puasa. Namun begitu, tindakan makan di tempat awan kelihatannya bertentangan norma[norms] masyarakat. Norma [Norms] [for reader]: peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dilakukan oleh setiap anggota masyarakat. Dan norma kebiasaan tidak kelihatan wanita Islam makan atau minum di tempat awam ketika bulan Ramadhan (Let alone Non-Muslims kerana mereka sememangnya boleh dan tiada masalah untuk mereka untuk makan di tempat awam).
5. Tidak menjadi kesalahan atau dosa sekalipun untuk melanggar norma kehidupan itu. Namun begitu, perkara ini menjadikan situasi amat janggal. Saya faham, tidak lah sesiapa yang menegur cik itu lemah dalam keimanan mereka apabila melihat cik makan di tempat awam (Saya bersetuju cara teguran mereka salah). Namun begitu, kemungkinan itu teguran kerana ianya sesuatu yang sangat asing dan boleh menimbulkan salah faham. Norma ini boleh diambil contoh: Tiada kesalahan untuk sesiapa makan ketika di dalam kelas di hadapan guru/ dalam kuliah hadapan lecturer. Atau contoh-contoh lain kebiasaan. Namun norma masyarakat, kesantunan, dan sifat malu dan seganlah yang menghalang kita daripada melakukan beberapa perkara.
6. Akhir kata, masyarakat sentiasa berhubungan antara satu sama lain sama ada sesama kelompok mahupun berbeza agama, budaya dan bangsa. Sebagai sebuah negara yang majmuk, pelbagai nilai dan norma yang dimiliki. Yakni di mana-mana tempat sekalipun mempunyai pola tingkah laku dan idea tersendiri sama ada implisit (tidak dapat dilihat dengan nyata dan jelas) atau pun eksplisit (dilihat secara langsung). Tiada dosa dan tidak menjadi kesalahan dan cik mempunyai hak untuk makan di tempat awam di bulan Ramadhan. Ya, ianya victimless and crimeless act. Hanya sifat malu dan segan itulah yang menjadikan simbolik yang difahami oleh saya untuk didokong oleh seorang wanita yang ingin saya kongsikan kepada cik dan sejurus untuk mengelakkan perasaan janggal, ketidakfahaman, ketidakpuasan hati masyarakat terhadap cik.
Segala salah tutur kata amatlah dikesali.
Salam Ramadhan 22
From woman to woman with love, Fatimah Noor.
Ulang siar entri Isu Aktivis Feminisme Perjuangkan Hak Makan Di Bulan Ramadhan - Ini Surat Terbuka Untuk Maryam Lee. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment