Info Letupan Di Masjidil Haram.

 On Tuesday, July 5, 2016  

Info Letupan Di Masjidil Haram.

Info Letupan Di Masjidil Haram.


Jurucakap rasmi Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan kejadian pengeboman berhampiran Masjid Nabawi berlaku sebaik sahaja pihak keselamatan meragui beberapa individu yang yang ingin bergerak menuju ke kawasan Masjid melalui kawasan tanah lapang tempat letak kereta.

Berlaku pergelutan antara pihak keselamatan dan individu terbabit sehingga suspek meletupkan dirinya dengan menggunakan tali pinggang yang dililit bahan letupan sehingga membunuh dirinya sendiri, manakala 4 orang anggota keselamatan terkorban dan 5 lagi mengalami kecederaan.

Pihak pengurusan Masjidil Haram (dan Masjid Nabawi) melalui Naib Pengerusinya Dr Muhammad bin Naasir Al-Khaziim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terorisme yang dilakukan pengganas tidak kira apa sahaja latar belakang kewarganegaraan dan ideologi mereka dalam kejadian letupan yang berlaku di Jeddah, Qatif dan Madinah. Tindakan yang jelas tidak menghormati kesucian tempat, waktu dan jiwa ini adalah sesuatu yang wajib diingkari.

Pihak Pengurusan Masjidil Haram juga menyeru agar masyarakat berganding bahu dalam menghadapi puak pelampau dan perosak yang mengancam agama dan negara.

Komentar: Semoga Allah merahmati anggota keselamatan yang terkorban. Semoga Allah menjaga kedua Tanah Haram dan semua negara kaum muslimin daripada ancaman pengganas Khawarij ISIS.

Dipetik dari FB Ustaz Muhammad Fashan: http://ift.tt/29cNmpQ

Sumber berita: 1. http://ift.tt/29mfFGd

2. http://ift.tt/29cNJ3J

Ulang siar entri Info Letupan Di Masjidil Haram. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Info Letupan Di Masjidil Haram. 4.5 5 Unknown Tuesday, July 5, 2016 Info Letupan Di Masjidil Haram. Jurucakap rasmi Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan kejadian pengeboman berhampiran Masji...


No comments:

Post a Comment