Penjelasan Isu Pilihanraya Mengejut : Lim Guan Eng Tak Hadir Ke Mesyuarat PKR - Kenapa Tak Hadir?

 On Tuesday, July 19, 2016  

Penjelasan Isu Pilihanraya Mengejut : Lim Guan Eng Tak Hadir Ke Mesyuarat PKR - Kenapa Tak Hadir?

Penjelasan Isu Pilihanraya Mengejut : Lim Guan Eng Tak Hadir Ke Mesyuarat PKR - Kenapa Tak Hadir?


Mesyuarat biro politik PKR malam ini berlangsung tanpa kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sepatutnya hadir bagi memberi taklimat kepada pemimpin PKR mengenai kemungkinan pilihan raya mengejut.
Laporan media sebelum ini mengatakan Lim bersama rombongan pemimpin DAP itu akan hadir pada mesyuarat itu yang bermula sekitar jam 8.30 malam bagi memberi taklimat berkenaan.
Setakat laporan ditulis, Lim atau mana-mana pemimpin DAP belum muncul lagi.
Dilihat memasuki bangunan ibu pejabat berkenaan sebentar tadi ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama-sama anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.
Para pemimpin PKR lain yang kelihatan ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Timbalan Ketua Pemuda PKR yang juga exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin dan Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin.
Sementara itu, Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) menggesa DAP agar mempertimbangkan semula rancangan untuk mengadakan pilihan raya mengejut Pulau Pinang, jika khabar angin yang kian bertiup kencang itu adalah benar.
Kata BERSIH, pihaknya 'amat bimbang' dengan khabar angin itu dan menuntut parti itu menjelaskan tujuan dan keperluan untuk pilihan raya negeri lebih awal. - Malaysiakini

Ulang siar entri Penjelasan Isu Pilihanraya Mengejut : Lim Guan Eng Tak Hadir Ke Mesyuarat PKR - Kenapa Tak Hadir? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Penjelasan Isu Pilihanraya Mengejut : Lim Guan Eng Tak Hadir Ke Mesyuarat PKR - Kenapa Tak Hadir? 4.5 5 Unknown Tuesday, July 19, 2016 Penjelasan Isu Pilihanraya Mengejut : Lim Guan Eng Tak Hadir Ke Mesyuarat PKR - Kenapa Tak Hadir? Mesyuarat biro politik PKR malam i...


No comments:

Post a Comment