Penulis 76 Tahun Ditahan Kerana Hantar Mesej Bergambar Jelek Najib Razak Menerusi Aplikasi WhatsApp.

 On Sunday, July 3, 2016  

Penulis 76 Tahun Ditahan Kerana Hantar Mesej Bergambar Jelek Najib Razak Menerusi Aplikasi WhatsApp.

Penulis 76 Tahun Ditahan Kerana Hantar Mesej Bergambar Jelek Najib Razak Menerusi Aplikasi WhatsApp.


Seorang penulis buku berusia 76 tahun ditahan polis pada Sabtu setelah didapati menghantar mesej bergambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam aplikasi WhatsApp yang bersifat jelik bertujuan menghina. 

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam kenyataan di sini berkata lelaki itu ditahan di rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi setelah satu laporan polis diterima di negeri ini pada Jumaat. 

Beliau berkata polis merampas seunit telefon bimbit berjenama Samsung G5 daripada lelaki itu dan dia akan direman di Mahkamah Majistret di sini, Ahad bagi melengkapkan siasatan.

"Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej bergambar tersebut atas nama 'Pa Ya' dalam kumpulan WhatApps "Bicara Politik Melayu" yang bersifat jelik bertujuan menghina, lucah dan menyakitkan hati rakyat Malaysia. 

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya," kata beliau.  -Bernama

Ulang siar entri Penulis 76 Tahun Ditahan Kerana Hantar Mesej Bergambar Jelek Najib Razak Menerusi Aplikasi WhatsApp. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Penulis 76 Tahun Ditahan Kerana Hantar Mesej Bergambar Jelek Najib Razak Menerusi Aplikasi WhatsApp. 4.5 5 Unknown Sunday, July 3, 2016 Penulis 76 Tahun Ditahan Kerana Hantar Mesej Bergambar Jelek Najib Razak Menerusi Aplikasi WhatsApp. Seorang penulis buku berusia 76 ...


No comments:

Post a Comment