Wang FELDA disalahguna, Kontraktor & Pimpinan Felda Ambil Kesempatan Ke Atas Peneroka - TMJ

 On Friday, July 29, 2016  

Wang FELDA disalahguna, Kontraktor & Pimpinan Felda Ambil Kesempatan Ke Atas Peneroka - TMJ

Wang FELDA disalahguna, Kontraktor & Pimpinan Felda Ambil Kesempatan Ke Atas Peneroka - TMJ


WAWANCARA BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Wartawan: Apa yang Tunku fikirkan mengenai persaingan merebut gelaran liga antara JDT dan Felda?

DYAM TMJ: Saya rasa ia akan menjadi persaingan yang sengit tetapi mereka ada peluang yang baik dan kelebihan. Mana saya boleh lawan, ini pasukan Dato Sri Najib. Gurau.... JDT pasukan yang kecil sahaja. Jadi saya rasa Felda mempunyai peluang yang sangat baik. Walau bagaimanapun, saya bangga kerana saya tidak menggunakan wang kerajaan yang sepatutnya milik rakyat untuk membina sebuah kelab bola sepak. Saya tidak membina stadium menggunakan wang peneroka atau wang dari kontraktor yang melobi bagi mendapatkan projek didalam Felda.

Felda telah ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak untuk membasmi kemiskinan. Walau bagaimanapun, pada hari ini, wang yang sepatutnya digunakan oleh peneroka telah dibelanjakan secara sewenang-wenangnya untuk kontraktor tertentu dalam Felda dan juga membolehkan beberapa individu yang memegang jawatan tinggi dalam Felda membuat wang. Ini adalah kes yang jelas penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin. Pada saya, PDRM dan ATM pun tidak patut ada pasukan bolasepak kerana pasukan-pasukan ini juga menggunakan dana kerajaan.

Saya bangga dengan kelab yang saya telah bina dan terkenal di Asia Tenggara. JDT diiktiraf di peringkat global, di mata dunia. JDT dibiayai oleh penaja dan juga para pelabur yang melabur di negeri Johor. Wang kerajaan mesti digunakan untuk kebaikan rakyat dan keutamaan perlu diberikan kepada rakyat. Saya berharap Perdana Menteri, Dato Sri Najib boleh memberi sedikit nasihat kepada pihak yang bertanggungjawab. Saya amat berbangga dengan Kerajaan Johor dan saya memuji mereka atas kerja keras dan dedikasi mereka terhadap rakyat.

Wartawan: Tunku, hari ini Tunku bertemu dengan Dato Seri Norza, Bendahari FAM. Bagaimana mesyuarat tersebut? Adakah ada apa-apa yang boleh Tunku kongsikan dengan kami? DYAM TMJ: Mesyuarat telah berjalan dengan lancar. Saya telah diberi taklimat mengenai laporan kewangan FAM.

Terdapat banyak penyalahgunaan dana dan perbelanjaan yang tidak perlu dalam FAM. Ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku! Mereka mengaku dan terima terdapat banyak perkara yang perlu diperbetulkan dalam FAM dan sesetengah individu individu bertanggungjawab perlu berundur. YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan akan datang berjumpa dengan saya beberapa hari lagi bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

Saya beri jaminan kepada semua penyokong bahawa saya akan sentiasa jujur dan telus kepada semua penyokong dan anda semua boleh bertanya kepada saya apa-apa jua perkara berkaitan isu-isu semasa sewaktu sesi soal jawab saya bersama penyokong.

Hidup Johor Demi Johor

#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

TMJ


Ulang siar entri Wang FELDA disalahguna, Kontraktor & Pimpinan Felda Ambil Kesempatan Ke Atas Peneroka - TMJ bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Wang FELDA disalahguna, Kontraktor & Pimpinan Felda Ambil Kesempatan Ke Atas Peneroka - TMJ 4.5 5 Unknown Friday, July 29, 2016 Wang FELDA disalahguna, Kontraktor & Pimpinan Felda Ambil Kesempatan Ke Atas Peneroka - TMJ WAWANCARA BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA...


No comments:

Post a Comment