Aibkan Pramugari MAS Di Internet, Fathia Bertegas Enggan Mohon Maaf Secara Terbuka, Netizens Usah Masuk Campur.
Pelakon Fathia Latiff enggan meminta maaf secara terbuka di media sosial selepas isu dirinya didakwa mengaibkan pramugari menjadi sensasi baru-baru ini.
Enggan memanjangkan isu dan tidak berniat untuk bersikap biadap dan berlagak kerana statusnya sebagai artis, Fathia, 29, mahu ia diselesaikan secara peribadi.
“Warga internet memang suruh saya minta maaf kepada pramugari itu. Ada yang siap bertanya kenapa saya perlu memuat naik gambarnya di Twitter,” katanya seperti dilapor MalayMail.
“Tapi apa yang terjadi antara saya dengannya biarlah kami saja. Kalau hendak minta maaf atau tidak sekalipun, ia akan dilakukan secara peribadi.
“Isu ini bukan antara saya dengan warga internet sampai perlu dibuat permohonan maaf di laman sosial. Saya tidak rasa perlu sampai begitu." katanya lagi.
Awal bulan ini, Fathia melepaskan geram dengan memuat naik gambar seorang kru kabin syarikat Malaysia Airlines di Twitter yang didakwanya enggan membantu mengangkat bagasi dalam ruang simpanan barang atas alasan masalah kesihatan.
“Minta tolong angkatkan beg tetapi pramugari ini beritahu ada masalah sakit belakang. Berehatlah dan tidak payah kerja kalau sakit macam itu,” kata Fathia yang dipetik menerusi account media sosialnya.
Walaubagaimanapun isu tersebut menjadi viral dan kecoh meskipun Fathia bertindak memadamkan coretan itu selepas beberapa minit disiarkan ketika berada dalam pesawat dari Johor Baru ke Kuala Lumpur.
Beberapa rakan artis yang pernah menjadi kakitangan pesawat dilapor turut memberikan reaksi tidak memihak kepadanya. “Tangan saya penuh dengan hadiah dan saya minta pramugari itu menghulurkan bantuan dengan baik.
“Maklum balas dan jawapan dia kenapa tidak dibalas dengan baik juga? Bukan saya cakap kurang ajar dan biadap kepadanya. “Namun saya tidak mahu memanjangkan hal ini. Saya tidak mahu malukan dia lagi.
Sebenarnya ada lagi perincian cerita yang saya tidak mahu beritahu. “Cukuplah apa yang saya kongsi ini saja,” katanya lagi.

Ulang siar entri Aibkan Pramugari MAS Di Internet, Fathia Bertegas Enggan Mohon Maaf Secara Terbuka, Netizens Usah Masuk Campur. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment