Amanah, Jangan Heret PKR Bermusuh Dengan PAS.

 On Monday, December 12, 2016  

Amanah, Jangan Heret PKR Bermusuh Dengan PAS.

Amanah, Jangan Heret PKR Bermusuh Dengan PAS.

PKR hari ini menafikan anggapan yang kerajaan Selangor cuba menyisihkan Amanah dalam pentadbiran negeri, dan mengingatkan parti itu supaya tidak membawa permusuhan politik mereka dengan PAS.

Kenyataan itu di sebalik ura-ura PAS mahu menubuhkan blok politik baharu di Selangor bersama PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tanpa penyertaan rakan sekutu mereka Amanah dan DAP.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berkongsi pentas dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada “Ceramah Mega Rakyat” anjuran PAS Selangor di Paya Jaras, malam ini.
Hari ini, Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman dilaporkan berkata, pihaknya sengaja tidak menjemput Amanah dan DAP kerana parti itu tidak ada hubungan dengan mereka, walaupun kedua-duanya dianggap sekutu PKR dan PPBM.
Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Syed Syah Syed Osman dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan Selangor diketuai Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah bersetuju melantik 8 daripada 34 wakil disyorkan Amanah sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Ini menunjukkan kerajaan negeri Selangor membuka ruang kepada pendatang baharu dunia politik seperti Amanah untuk bergerak aktif di Selangor sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Harapan.”
Sehubungan itu, katanya, ucapan Pengarah Komunikasi Amanah Selangor Jamzuri Ardani pada Konvensyen Nasional Amanah semalam seolah-olah kerajaan Selangor gagal meraikan Amanah sebagai parti komponen di negeri itu, tidak berasas.
“Saya ingatkan kepada semua rakan komponen jangan sesekali mengheret kerajaan negeri dalam sengketa sesama parti kerana ia akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.”
Semalam, Jamzuri dilaporkan menyindir Azmin yang Amanah “tidak lapar” jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.
Katanya, walaupun wakil rakyat Amanah tidak dilantik sebagai exco, namun Azmin perlu meraikan kedudukan mereka sebagai salah satu komponen dalam kerajaan negeri tanpa karenah birokrasi yang menekan.
Sementara itu, Syed Syah menyifatkan permintaan Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan supaya PKR menyerahkan kerusi Parlimen Batu kepada parti itu sebagai dangkal dan boleh meretakkan hubungan saksama dalam Pakatan Harapan.
Ini kerana, katanya, kerusi itu disandang Naib Presiden PKR, Tian Chua sejak 2008 dan Pemuda Amanah sepatutnya lebih peka dengan keutamaan terhadap kerusi parti kompenan, khasnya yang dimenangi dengan majoriti baik.
Sebaliknya, beliau berkata, keutamaan sekarang perlu ditumpukan bagi menyatukan semua kekuatan untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Saya memahami keperluan Amanah dalam strategi untuk memperolehi kerusi tertentu pada PRU14. Namun, keperluan itu tidak menghalalkan cara untuk menyindir dan mengkritik secara terbuka, lebih-lebih lagi kerusi disandang pimpinan kanan PKR yang merupakan parti komponen dalam Pakatan Harapan.
“Perbincangan dan toleransi berterusan dari semua pihak adalah perlu bagi merealisasikan muafakat perlawanan 1 lawan 1 dalam medan pilihan raya akan datang,” katanya yang meminta pemimpin Amanah tidak terburu-buru mengeluarkan kenyataan tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Ulang siar entri Amanah, Jangan Heret PKR Bermusuh Dengan PAS. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Amanah, Jangan Heret PKR Bermusuh Dengan PAS. 4.5 5 Unknown Monday, December 12, 2016 Amanah, Jangan Heret PKR Bermusuh Dengan PAS. PKR hari ini menafikan anggapan yang kerajaan Selangor cuba menyisihkan Amanah dalam pen...


No comments:

Post a Comment