Anak Baru 3 Tahun, Perlukan Baju Sekolah Buat Apa? Lelaki Itu Tak Layak Terima JKM! - Menteri Bidas Kritikan Netizens.

 On Wednesday, December 21, 2016  

Anak Baru 3 Tahun, Perlukan Baju Sekolah Buat Apa? Lelaki Itu Tak Layak Terima JKM! - Menteri Bidas Kritikan Netizens.

Anak Baru 3 Tahun, Perlukan Baju Sekolah Buat Apa? Lelaki Itu Tak Layak Terima JKM! - Menteri Bidas Kritikan Netizens.

Baru-baru ini portal Harian Metro melaporkan tentang seorang bapa yang didapati bersalah kerana mencuri barangan keperluan bersama-sama baju sekolah yang dianggarkan bernilai RM415.06 dari sebuah pusat membeli belah di Johor Bharu.

Antara barangan yang dicuri oleh lelaki tersebut.


Lelaki itu pada awalnya telah ke sebuah pasaraya bersama-sama anak lelaki sulungnya yang berusia 3 tahun. Ketika mahu keluar dari pasaraya, pengawal keselamatan melihat suspek dalam keadaan yang mencurigakan lalu meminta resit bayaran.

Suspek yang kemudiannya gagal menunjukkan bukti pembayaran seterusnya telah dibawa ke pihak pengurusan sebelum menjadi kes polis. Menurut pihak polis, suspek disiasat di bawah 380 kanun keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan kini dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu pihak Timbalan Pendakwaraya membuat pendakwaan.

Suspek ialah seorang tukang masak yang telah 13 tahun bekerja di salah sebuah agensi kerajaan daerah. Suspek dikatakan mengaku mencuri dengan alasan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menyara keperluan anak-anak yang akan bersekolah.

Isu ini viral di laman sosial di mana netizens mempersoalkan di manakah bantuan yang sewajarnya diterima oleh bapa tersebut yang sampai perlu mencuri untuk menyara kehidupan.

Perkara tersebut lantas dijawab oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengatakan;

 
Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga memiliki kerjaya dan pendapatan bulanan yang tetap, oleh itu dia tidak layak menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Lelaki tersebut juga akan menjalani sesi kaunseling, kata Datuk Seri Rohani lagi.

Bagaimanapun, netizens tetap tidak berpuas ahti dan mempersoalkan menteri tersebut yang tidak peka dengan keadaan ekonomi semasa.

Kos sara hidup semakin tinggi dan mempunyai kerjaya tetap bukan bermaksud kehidupan dia stabil. Boleh jadi keseluruhan pendapatannya digunakan untuk membayar ansurans rumah dan kereta sehingga baki yang tinggal tidak mencukupi untuk dia menyara kehidupan.

Oleh itu netizens berharap agar kementerian tersebut lakukan siasatan terperinci terlebih dahulu sebelum mengatakan lelaki tersebut tidak layak menerima JKM hanya semata-mata dia mempunyai kerjaya tetap. - Sozcyili. 

Ulang siar entri Anak Baru 3 Tahun, Perlukan Baju Sekolah Buat Apa? Lelaki Itu Tak Layak Terima JKM! - Menteri Bidas Kritikan Netizens. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Anak Baru 3 Tahun, Perlukan Baju Sekolah Buat Apa? Lelaki Itu Tak Layak Terima JKM! - Menteri Bidas Kritikan Netizens. 4.5 5 Unknown Wednesday, December 21, 2016 Anak Baru 3 Tahun, Perlukan Baju Sekolah Buat Apa? Lelaki Itu Tak Layak Terima JKM! - Menteri Bidas Kritikan Netizens. Baru-baru ini po...


No comments:

Post a Comment