Kisah Suami Buta Teman Isteri Tengok Wayang Viral Di Laman Sosial.
Oleh : Myza Mimi
Ok, rasanya ada 5 minit saya duduk perati je couple tu.. Saya pun try la tanya yang perempuan dulu..
Saya : "Assalamualaikum.. Nak tengok cerita apa?" (Saya try jadi ramah) 😂
Isteri : "Walaikumusalam.. Saya tak tahu lagi, apa cerita yang best sekarang?"
Saya : "Hmmm.." (alamak cerita apa ek) "mungkin boleh tengok cerita volkswagen kuning?" (Aku suggest cerita hantu?? Errr.. Tak pela.. support sket cerita tempatan kan...)
Isteri : "Baiklah.. terima kasih ya" (Eh, dia nak beli cerita ni ke?) 😅
Saya : "Maaf kalau soalan saya menyinggung perasaan Puan, Puan nak tengok berdua ke?"
Isteri : "Haah.. ini suami saya.. sebenarnya dia tak boleh melihat macam kita.. tapi suami saya yang berkeras nak teman saya tengok wayang"
Suami : "Tak apa la.. janji awak gembira..kalau boleh saya nak buat semua aktiviti normal macam suami isteri yang lain. Pergi sana sini sambil pegang tangan berdua.." (ðŸ˜ðŸ˜ )
Okayy.. Part ni yang saya rasa sangat-sangat terharuu.. Gigih suami dia teman isteri tengok wayangg.. Bayangkan nak masuk sunway pyramid sebesar2 alam bukan senang kalau kita tak mampu nak melihat.. try @iskandar sukandar esok pergi mana2 mall sambil tutup mata..😂 lepas tu pergi beli tiket, tunggu sampai cerita start then masuk hall tutup mata sampai cerita habis pulak..huhu.. sanggup ke idakk? Ntah2 baru nak masuk enterance dah tersadung kaki 😂
Kebetulan saya ada VIP hall start bulan ni.. Saya nak bagi pasangan ni masuk hall ni bersama2 saya dan sesiapa saja yang boleh bantu saya sebarkan hasrat saya untuk dapatkan contact nombor pasangan ni..
Sebab saya betul2 nak tengok wayang dengan pasangan ni dan rakan FB yang membantu saya sebarkan cerita ni.. Katanya Star Wars akan keluar tak lama lagi.. Hari tu terlampau terharu sangat sampai lupa nak mintak phone number 😂
Ulang siar entri Kisah Suami Buta Teman Isteri Tengok Wayang Viral Di Laman Sosial. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment