Menteri Sahkan 1MDB Ada Kaitan Dengan Pengubahan Wang Haram, 1MDB Ditamatkan Operasi - Siapa Tanggung Hutang 1MDB Sekarang?

 On Thursday, December 22, 2016  

Menteri Sahkan 1MDB Ada Kaitan Dengan Pengubahan Wang Haram, 1MDB Ditamatkan Operasi - Siapa Tanggung Hutang 1MDB Sekarang?

Menteri Sahkan 1MDB Ada Kaitan Dengan Pengubahan Wang Haram, 1MDB Ditamatkan Operasi - Siapa Tanggung Hutang 1MDB Sekarang?

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani memuji Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berikutan tindakan pantasnya ke atas pengubahan wang haram berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

 
"Sangat bagus. Mereka telah mengambil tindakan. Sangat bagus," katanya ketika diminta mengulas mengenai tiga individu setakat ini yang didapati bersalah menyeleweng dana daripada 1MDB.

Dilaporkan bekas kakitangan Bank BSI milik Switzerland, Yeo Jiawei menjadi individu ketiga yang didapati bersalah dalam siasatan 1MDB oleh Singapura.

Dua lagi bekas pagawai bank BSI juga telah dipenjarakan kerana penipuan berkaitan kes itu.

Johari menggesa semua bank membantu siasatan berkaitan 1MDB.

"Mengenai Malaysia, kita sedang melalui proses (siasatan) itu," katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 Laluan LRT KL-Ampang oleh Prasarana Malaysia Bhd di Bukit Jalil pada Khamis.

Johari juga menegaskan tidak ada aktiviti perniagaan di 1MDB.

"Lari bermakna kita tidak akan menjalankan sebarang perniagaan di 1MDB. Ia menjadi syarikat tidak aktif," katanya ketika ditanya mengenai temubual beliau sebelum ini dengan sebuah agensi berita di mana beliau menyatakan kerajaan akan 'lari dengan 1MDB.'


Sumber : Mstar

Ulang siar entri Menteri Sahkan 1MDB Ada Kaitan Dengan Pengubahan Wang Haram, 1MDB Ditamatkan Operasi - Siapa Tanggung Hutang 1MDB Sekarang? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Menteri Sahkan 1MDB Ada Kaitan Dengan Pengubahan Wang Haram, 1MDB Ditamatkan Operasi - Siapa Tanggung Hutang 1MDB Sekarang? 4.5 5 Unknown Thursday, December 22, 2016 Menteri Sahkan 1MDB Ada Kaitan Dengan Pengubahan Wang Haram, 1MDB Ditamatkan Operasi - Siapa Tanggung Hutang 1MDB Sekarang? Menteri Kew...


No comments:

Post a Comment