Padah Leraikan Pertengkaran, Tak Pasal-Pasal Anak Muda 17 Tahun Mati Ditetak Oleh Bekas Suami Yang Ganas. #Jenayah
Sekumpulan anak muda yang cuba bantu meleraikan perang mulut di antara pasangan suami isteri yang telah bercerai menerima padah buruk di atas niat baik mereka itu.
Insiden itu bertukar menjadi tragedi apabila seorang maut manakala 3 yang lain tercedera dan terpaksa menerima rawatan di hospital.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, seorang daripada kumpulan anak muda itu ditemui mati dengan kesan tetakan di dahi dan leher di Jalan Coastal di sini pada kira-kira 4:15 pagi tadi.
"Mayat Yacoob Nasran berusia 17 tahun itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat."
Manakala tiga yang lain pula mengalami kecederaan yang teruk dan dirawat di hospital. Kesemua mereka berada dalam keadaan stabil," katanya.
Difahamkan, kumpulan anak muda yang dianggarkan dalam 7 orang berusia di antara 18 dan 20, baru sahaja keluar dari sebuah pusat hiburan apabila mereka bertembung dengan seorang lelaki yang bertengkar dengan bekas isterinya.
Pertengkaran itu menjadi semakin panas dan memaksa kumpulan anak muda ini masuk campur bagi menenangkan keadaan.
"(Tetapi) lelaki itu menjadi marah dan kemudiannya memanggil sepupunya, (yang berdekatan), untuk membantu dia menyerang (sekumpulan anak muda)".
"Dengan menggunakan parang, (kedua-duanya itu) menyerang kumpulan anak-anak muda itu," kata Chandra. Siasatan awal mendapati suspek bertengkar dengan bekas isterinya kerana faktor cemburu. Bekas isteri bekerja di sebuah pusat hiburan berhampiran Kompleks Asia Star City di sini.
Chandra berkata, pihak polis sedang giat mencari lelaki tersebut dan sepupunya. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - SozCyilli.

Ulang siar entri Padah Leraikan Pertengkaran, Tak Pasal-Pasal Anak Muda 17 Tahun Mati Ditetak Oleh Bekas Suami Yang Ganas. #Jenayah bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment