Tiada Tindakah Mahkamah Dimulakan, PAS Main Propaganda Politik - Sarawak Report.

 On Saturday, December 17, 2016  

Tiada Tindakah Mahkamah Dimulakan, PAS Main Propaganda Politik - Sarawak Report.

Tiada Tindakah Mahkamah Dimulakan, PAS Main Propaganda Politik - Sarawak Report.

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berkata surat tuntutan yang disampaikan kepadanya dari PAS adalah satu 'political gesture'.
Surat itu, yang disampaikan kepadanya di alamatnya di London pada hari Selasa, dilaporkan berhubung dakwaannya bahawa parti Islam itu kononnya menerima RM90 juta dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Saya menganggap tindakan mereka itu sebagai satu 'political gesture' dan satu penyalahgunaan protokol yang mereka mahu eksploitasi," kata Rewcastle-Brown kepada Malaysiakini dalam emel malam tadi.
Beliau juga berkata tiada prosiding mahkamah yang telah dimulakan.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu menyenaraikan tiga tuntutan terhadap portal berita terbabit.
Ia menuntut Sarawak Report membuang artikel yang mendakwa PAS menerima RM90 juta dari perdana menteri Malaysia dan membuat permohonan maaf mengikut terma-terma yang dipersetujui oleh PAS.
Ia juga meminta laman web pemberi maklumat itu memberikan jaminan untuk tidak menyiarkan dakwaan yang sama pada masa akan datang.
PAS telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rewcastle-Brown di UK. - Malaysiakini.

Ulang siar entri Tiada Tindakah Mahkamah Dimulakan, PAS Main Propaganda Politik - Sarawak Report. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Tiada Tindakah Mahkamah Dimulakan, PAS Main Propaganda Politik - Sarawak Report. 4.5 5 Unknown Saturday, December 17, 2016 Tiada Tindakah Mahkamah Dimulakan, PAS Main Propaganda Politik - Sarawak Report. Editor   Sarawak Report , Clare Rewcastle-Brown berk...


No comments:

Post a Comment