Balas Dendam - Singapura Juga Kenakan Caj Jalanraya Seperti Malaysia Yang Caj Kenderaan Asing.

 On Monday, January 9, 2017  

Balas Dendam - Singapura Juga Kenakan Caj Jalanraya Seperti Malaysia Yang Caj Kenderaan Asing.

Balas Dendam - Singapura Juga Kenakan Caj Jalanraya Seperti Malaysia Yang Caj Kenderaan Asing.

Singapura akan mengenakan caj jalan raya sepadan dengan kadar Malaysia pada RM20 bersamaan S$6.50 yang dilaksana sejak 1 Nov lepas, lapor Free Malaysia Today hari ini.
Laporan itu memetik Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan sebagai berkata Malaysia mengutip sekitar RM13.9 juta daripada kenderaan Singapura antara 1 Nov dan 20 Dis tahun lepas.
“Dasar kami sejak sekian lama ialah mengenakan kadar sepadan bagi levi, tol atau fi yang dikenakan Malaysia untuk menggunakan jalan raya yang menghubungkan Singapura dan Malaysia.
“Ini bagi memastikan Malaysia mengambil kira respons kita setiap kali mereka menaikkan kadar tol atau memperkenalkan levi baharu,” Khaw dipetik berkata di Parlimen.

Katanya perincian mengenai caj sepadan itu akan diumum dalam masa terdekat. Bermula 1 Nov, 2016, caj jalan raya dikenakan setiap kali kenderaan dari republik itu memasuki Malaysia menggunakan kad Touch n’ Go.
Peringkat awal kutipan ini hanya melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran asing tidak termasuk motosikal.
Sistem caj jalan raya itu dilaksana di 2 pintu masuk darat di Johor iaitu Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Ulang siar entri Balas Dendam - Singapura Juga Kenakan Caj Jalanraya Seperti Malaysia Yang Caj Kenderaan Asing. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Balas Dendam - Singapura Juga Kenakan Caj Jalanraya Seperti Malaysia Yang Caj Kenderaan Asing. 4.5 5 Unknown Monday, January 9, 2017 Balas Dendam - Singapura Juga Kenakan Caj Jalanraya Seperti Malaysia Yang Caj Kenderaan Asing. Singapura akan mengenakan caj jalan ray...


No comments:

Post a Comment