Bayar Mahal Tetapi Tak Boleh Mandi - Baca Ini Dahulu Sebelum Bercuti Ke Lost World Of Tambun!
Oleh : Amazing Nara.
Seorang pengguna Facebook, Zack Isma, mendakwa tidak akan berkunjung ke Lost World of Tambun yang diadakan di Sunway Lagoon lagi. Ini kerana Zack mendakwa pengurusan program itu telah menghalau pengunjung yang memakai baju, seluar dan tudung yang berkain kapas.
Untuk membuktikan dakwaannya, dia menyertakan beberapa keping gambar bersama status yang ditulisnya. Menurut Zack, pengunjung membuat bayaran masuk sehingga RM 65 seorang tetapi tidak dibenarkan mandi di kolam renang hanya kerana sebab kecil.

Sebenarnya, kebanyakan pengurusan taman tema air terutamanya di luar negara memang melarang individu yang mengenakan pakaian yang diperbuat dari kapas dari menggunakan kolam renang.
Menurut Quora, fabrik kapas dan beberapa material fabrik lain menarik detergen, kuman dan bakteria yang jika digunakan dalam kolam renang, boleh menyebabkannnya merebak. Kain kapas juga menyerap air dengan banyak, menyebabkan pihak pengurusan kolam terpaksa menggunakan lebih penyahkuman. Tambahan pula, apabila kapas menyerap air kolam, ia boleh menyebabkan badan perenang menjadi berat dan menyebabkan berenang lebih sukar.
T-shirt dari kain kapas juga tidak melekap pada badan, meningkatkan risiko terperangkap dalam air. Akhir sekali, kapas mudah tercarik dalam air, dan boleh menyebabkan sistem tapisan kolam tersumbat. Sesetengah fabrik kapas yang diwarnakan juga boleh menyebabkan warna masuk ke dalam air, mengurangkan kejernihan dan keseimbangan air.
Ada yang memberi komen bahawa ia sememangnya peraturan di kolam renang yang harus diikuti, jadi ia sepatutnya bukan masalah besar. Sekiranya Zack Isma tidak mahu mematuhi peraturan itu, dia boleh mandi di Sungai Congkak saja, kata Netizen.
Apa pun, penulis pasti satu-satu peraturan itu diperkenalkan dan dikuatkuasakan dengan mempunyai sebab tersendiri.
Namun begitu tinjauan penulis mendapati walaupun telah mendapat lebih 1,000 likes dan lebih 2,300 shares, Zack Isma telah memadam status asal yang dibuat berkenaan perkara ini dari akaun Facebook miliknya.Ulang siar entri Bayar Mahal Tetapi Tak Boleh Mandi - Baca Ini Dahulu Sebelum Bercuti Ke Lost World Of Tambun! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment