Gaji Isa Samad 1.8 Juta Setahun Dan Saham FGV Masih Terusan Jatuh, Kenapa Najib Tak Pecat Isa?

 On Tuesday, January 3, 2017  

Gaji Isa Samad 1.8 Juta Setahun Dan Saham FGV Masih Terusan Jatuh, Kenapa Najib Tak Pecat Isa?

Gaji Isa Samad 1.8 Juta Setahun Dan Saham FGV Masih Terusan Jatuh, Kenapa Najib Tak Pecat Isa?

Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusi FGV walaupun seorang Pengerusi bukan eksekutif tetapi menerima elaun RM1.8juta setahun ataupun bersamaan RM150,000 sebulan, lapor The Star.


Turut dilaporkan KWSP memutuskan untuk tidak terlibat dalam syarikat yang terlalu banyak penglibatan dan campurtangan politik.

Sebelum ini KWSP telah bertindak melupuskan kesemua pegangan sahamnya dalam FGV. Keputusan tersebut telah dibuat beberapa bulan yang lepas dengan melupuskan pegangan saham secara berperingkat. KWSP tidak mendedahkan kos pelupusan saham namun ramai menjangkakan ia berkait rapat dengan kerugian yang ditanggung oleh FGV ketika ini.
Sebelum ini Tuan Ibrahim Tuan Man menyuarakan kebimbangan mengenai nasib peneroka sejak Isa mengulungi jawatan pengerusi FGV.
Sejak pelancaran FGV pada 2012 di Bursa Malaysia pada harga RM4.45 sesaham, nilai saham FGV terus merosot ke tahap RM1.68 sesaham pada Jumaat lalu.
“Hakikatnya, saham FGV boleh dikategorikan sebagai saham yang berprestasi terburuk di dalam sektor pertanian,” kata Tuan Ibrahim.
“Masalah FGV tidak lain tidak bukan berpunca daripada kelemahan pengurusan dan juga harga minyak sawit yang rendah,” ujarnya.
Bagi peneroka Felda biasa, kata beliau, amat susah untuk mereka fahami bagaimana boleh berlakunya penyelewengan di Felda Iffco Gida Sanayi, sebuah anak syarikat yang dimiliki 50% saham oleh FGV di Turki, yang mengalami kerugian saham luar biasa sebanyak RM57 juta.
Menurut beliau, penyelewengan tersebut menyebabkan kerugian suku ketiga FGV yang berakhir 30 September melebar daripada RM33.9 juta tahun yang lalu ke RM94.86 juta tahun ini.
“Dengan suasana ekonomi yang semakin mencabar, FGV berdepan masa mencabar pada 2017. Nasib peneroka Felda semakin malap jika tiada sebarang penambahbaikan yang konkrit dilakukan untuk menukar nasib FGV,” katanya seperti dipetik dari Malaysiadateline - Sozcyili.

Ulang siar entri Gaji Isa Samad 1.8 Juta Setahun Dan Saham FGV Masih Terusan Jatuh, Kenapa Najib Tak Pecat Isa? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Gaji Isa Samad 1.8 Juta Setahun Dan Saham FGV Masih Terusan Jatuh, Kenapa Najib Tak Pecat Isa? 4.5 5 Unknown Tuesday, January 3, 2017 Gaji Isa Samad 1.8 Juta Setahun Dan Saham FGV Masih Terusan Jatuh, Kenapa Najib Tak Pecat Isa? Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusi FGV w...


No comments:

Post a Comment