Kepada Mangsa Banjir : Jangan Suka Mencuri, Boleh Tak? Bidas Sukarelawan.
Sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang gemar mengambil barang keperluan dan kelengkapan untuk mangsa banjir di kecam.
Salah seorang sukarelawan, Beng Khieu ketika memuatnaik status di laman Facebook berkata, kesal dengan sikap ‘tangan panjang’ mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
“Rupanya susu diberi (namun) dibalas Klorox, bukan semua tapi segelintir, kepada mangsa-mangsa banjir tu, ingatlah setiap barang yang kalian kebas (curi) masa keluar dari pusat pemindahan tidak halal.
“Makanan tu oklah tapi macam tikar, khemah tu tak moleklah weh., itu barang kerajaan untuk memberi kemudahan kepada mangsa banjir bukannya barang yang boleh bawa balik,” ujarnya memetik kenyataan tersebut.
Beng Khieu turut menjelaskan perkara seumpama itu sering berlaku sehingga menyukarkan tugas sukarelawan ketika ingin memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa banjir.
“Tiap tahun jumpa masalah macam ni, sedarkah sebahagian dari kalian kita baru melepasi gelombang pertama banjir mungkin (tak minta) ada gelombang ke dua.
“Bila kamu kebas fikirkan mangsa gelombang ke dua dan mungkin kamu sendiri termasuk dalam kumpulan itu malulah weh perangai tangan panjang tu, tuhan nampak apa yang kamu buat tu,” tegasnya pula.
Semalam portal eBanjir Kelantan melaporkan, keadaan banjir di negeri itu kembali pulih sepenuhnya apabila seramai 426 mangsa terakhir telah dibenarkan pulang.
Mangsa terakhir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 1 dan SK Pengkalan Kubor 2.
Kejadian banjir yang bermula pada 31 Disember lalu merekodkan hampir 15,000 mangsa di tujuh daerah termasuk Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai.
Penduduk kini dalam proses membersihkan kediaman masing-masing yang terjejas akibat dinaiki air.
Ulang siar entri Kepada Mangsa Banjir : Jangan Suka Mencuri, Boleh Tak? Bidas Sukarelawan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment