Penjelasan : Pangkalan TUDM Sungai Besi Belum Lagi Ditamatkan Operasi, Jangan Sedih2 Dulu.

 On Monday, January 2, 2017  

Penjelasan : Pangkalan TUDM Sungai Besi Belum Lagi Ditamatkan Operasi, Jangan Sedih2 Dulu.

Penjelasan : Pangkalan TUDM Sungai Besi Belum Lagi Ditamatkan Operasi, Jangan Sedih2 Dulu.

PUKL BELUM DI TUTUP. HARAP MAKLUM 

Kepada rakan2 yang kesedihan dan marah kerana kononnya Pengkalan Udara Kuala Lumpur atau nama glemer nya Airbase Sungai Besi di tutup sepenuhnya hari ni ... 

Sila bawak bertenang. Bila masa air base tu tutup. Belum lagi lah. Masih banyak unit masih beroperasi di situ. Sape malaun yang mula2 sebarkan berita ni. Apa yang terjadi ialah memang PUKL ni akan di tutup akhirnya tapi bukan hari ni. Berberapa unit telah berpindah ke Subang AB dan ada la majlis2 nya semalam. 


Cuba bawak bertenang. Selagi Sendayan, Jugra dan Kuantan punya facility belum siap selagi tu lah PUKL ni takkan di tutup. Apepun korang tau ke kepentingan pengkalan udara ni. Zaman dulu kebanyakkan fasiliti tentera macam kem, depoh dan pangkalan udara di bina untuk support operasi semasa darurat. 

Pada masa tu kedudukan fasiliti2 ni agak strategik di mata perancang tentera. Tapi di zaman pembangunan pesat ni kem kem dan air base ni dah tersepit dek pembangunan dan pembangunan sebenarnya sedikit sebanyak mengganggu keselamatan kem kem ni. 

Jadi dah lama dah sejak sebelum kes wan em di bi pun memang gomen dah rancang untuk pindahkan fasiliti2 tertentu ke tempat yang lebih baik dan dibina dengan lebih moden. 

Apa ada di KL Air Base? Mmm tak tau la kalau korang tau hal ni tapi menurut page Malaysian Defence di sini lah letaknya Primary Air Defence untuk seluruh Malaysia. Namanya National Air Defence Operation Centre dan merupakan node utama pertahanan udara Malaysia. 


Fasiliti ni di jadualkan akan pindah ke fasiliti yang lebih canggih dan baik. Sama ada di Kuantan AB atau tempat lain aku pun tak sure. 

Mengikut cerita yang aku dapat dari perbincangan di forum dulu pada zaman cold war dulu pihak Soviet selalu hantar pesawat pengintipan Tupolev ke Malaysia dan pesawat ni akan overfly ruang udara kita untuk intip radar kita, rakam frekuensi radio dan senang kata menyedut dan intip reaksi pesawat pejuang kita. Biasanya bila di kesan pada zaman dulu kita akan scramble Sabre kita atau biasanya pesawat Mirage Aussie yang akan intercept... 

Tak tahu berapa lama game cat and mouse ni berlangsung tapi akhirnya Soviet berhenti hantar pesawat pengintipnya ke sini. Apa yang menarik setiap kali pesawat kita atau aussie terbang untuk intercept, pesawat Tupolev ni akan Jamming kesemua frekuensi dan military transmission dan seringkali pesawat terpaksa terbang tanpa komunikasi dengan dengan menara kawalan dan ground control radar. 

Hanya selepas Tupolev ni di escort keluar barulah jamming berhenti. Hmmmmm korang pernah ke dengar cerita ni? Anggap la antara cerita lagenda zaman dulu yang tak pernah terungkap. Apepun meh kita baca sikit tentang Air Base ni. 

MMP ciduk info di bawah ni dari page TUDM. Pangkalan Udara Kuala Lumpur Pangkalan ini merupakan pangkalan yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu oleh pihak Tentera Udara Diraja British. 

Secara rasminya pangkalan ini mula beroperasi pada 1 Jun 1941, dikenali sebagai Stesen RAF (Royal Air Force). Pegawai Memerintah pada ketika itu ialah Sqn Ldr C H Lucas. Matlamat utama penubuhan pangkalan ini adalah untuk memudahkan operasi RAF bagi mempertahankan Tanah Melayu selain menjadi pusat perhubungan RAF dengan pangkalan di Seletar, Singapura. 

Sewaktu penaklukkan tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942, pangkalan ini berfungsi sebagai pusat pertahanan RAF. Pada tahun 1945 iaitu apabila Jepun menyerah kalah, pangkalan ini telah melalui proses pembaikan dan dibuka semula pada 1956. 

Pegawai Memerintah pertama selepas pengunduran tentera Jepun ialah Group Captain H E Warcup. Sehingga tahun 1960, seramai tiga orang Pegawai Memerintah termasuk Group Captain H E Warcup telah memegang teraju pangkalan ini. Mereka ialah GP Captain H A S Disney mulai 16 April 1959 hingga 1 Julai 1960 dan Wg Cdr J A W Long mulai 1 Jul 1960 hingga 1 Oktober 1960. Pada 25 Okt 1960, Kerajaan British secara rasminya menyerahkan pangkalan ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk kegunaan TUDM. 

Oleh kerana pada waktu itu TUDM masih kekurangan pegawai dan kebanyakan pegawai-pegawai yang ada merupakan pinjaman daripada negara asing maka Pegawai Memerintah pangkalan masih dipinjam dari Tentera Udara Diraja British. Sembilan tahun kemudian iaitu pada 31 Mac 1969, pangkalan ini diteraju oleh anak tempatan pertama sebagai Pegawai Memerintah iaitu Gp Captain Mohammed Taib. 

Pangkalan ini merupakan asas kepada penubuhan TUDM. Dari sebuah lapangan terbang antarabangsa pertama di Malaysia, ianya terus berkembang dan menjadi nadi kepada pertahanan ruang udara Malaysia MMP 

Sumber : Malaysian Defence 
TUDM dan mimpi tawasulski

Ulang siar entri Penjelasan : Pangkalan TUDM Sungai Besi Belum Lagi Ditamatkan Operasi, Jangan Sedih2 Dulu. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Penjelasan : Pangkalan TUDM Sungai Besi Belum Lagi Ditamatkan Operasi, Jangan Sedih2 Dulu. 4.5 5 Unknown Monday, January 2, 2017 Penjelasan : Pangkalan TUDM Sungai Besi Belum Lagi Ditamatkan Operasi, Jangan Sedih2 Dulu. PUKL BELUM DI TUTUP. HARAP MAKLUM  Kepada ...


No comments:

Post a Comment