Selepas Dituduh Pecah Amanah, Annuar Musa Kini Digantung Tugas Oleh MARA.

 On Tuesday, January 31, 2017  

Selepas Dituduh Pecah Amanah, Annuar Musa Kini Digantung Tugas Oleh MARA.

Selepas Dituduh Pecah Amanah, Annuar Musa Kini Digantung Tugas Oleh MARA.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini menggantung tugas pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkuat kuasa serta-merta.
Turut digantung, jawatan Annuar sebagai pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB).
Dengan itu, semua tugas Annuar di agensi berkenaan kini dipangku Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob, lapor BH Online.
Difahamkan keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar yang bermula sejak jam 9 pagi tadi di Ibu Pejabat MARA, di Kuala Lumpur.
Menurut laporan sama, mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Yusof dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin.
Yusof berkata, Annuar sudah dimaklumkan mengenai penggantungan tugasnya dan beliau akur dengan keputusan itu.
Keputusan itu dibuat 20 hari selepas Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar memuat naik statusnya berhubung penajaan Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang "dipaksa" untuk menaja skuad Liga Super Kelantan.

Ulang siar entri Selepas Dituduh Pecah Amanah, Annuar Musa Kini Digantung Tugas Oleh MARA. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Selepas Dituduh Pecah Amanah, Annuar Musa Kini Digantung Tugas Oleh MARA. 4.5 5 Unknown Tuesday, January 31, 2017 Selepas Dituduh Pecah Amanah, Annuar Musa Kini Digantung Tugas Oleh MARA. Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini menggantung tugas penge...


No comments:

Post a Comment