Terima Kasih Popularkan Jamal, Kini Semua Tahu Kerajaan Selangor 2x5 Macam BN Juga..

 On Tuesday, January 10, 2017  

Terima Kasih Popularkan Jamal, Kini Semua Tahu Kerajaan Selangor 2x5 Macam BN Juga..

Terima Kasih Popularkan Jamal, Kini Semua Tahu Kerajaan Selangor 2x5 Macam BN Juga..

Oleh : Warong Rakyat (wartawan Utusan)

Karakter seperti ini jarang-jarang ada dalam UMNO. Gila dan gila-gila. Beliau bukan orang biasa-biasa. Terpulang di pihak mana anda berada untuk menilai empunya karakter Datuk Seri Jamal Yunos ini. 


Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar ini telah mencipta populariti dengan caranya sendiri. Siapa yang popularkan beliau? 

Lawan politik beliau dan tentera saraf mereka. Jamal telah menunjukkan contoh bagaimana publisiti buruk itu memberi manfaat sebaliknya. Yang penting mesej sampai. 

Yang penting apa yang mahu disampaikannya merupakan suara hati nurani rakyat terbanyak. Bagaimana mesej itu disampaikan? Di sinilah kelebihan Jamal yang gila dan gila-gila itu. 

Beliau turut berkeliling negara untuk ‘mengejar’ jelajah kumpulan demonstrasi jalanan baju kuning Bersih. Beliau buat apa yang persis Bersih buat. Bersih kata semua itu salah. 

Bersih dakwa Jamal dan kumpulan baju merah menganggu mereka. Baju kuning perlekeh baju merah dibayar, ganas, berbahaya dan sengaja menunjuk-nunjuk aksi berani mati. 

Jentera kumpulan Bersih yang dilatih khusus untuk memanfaatkan media sosial begitu efisien menularkan aksi-aksi negatif pertembungan baju kuning dan baju merah. Hasrat baju kuning supaya orang benci atau setidak-tidaknya meluat dengan baju merah. 

Betul orang marah dan meluat. Bukan kepada kumpulan baju merah sahaja tetapi juga baju kuning. Apa yang Bersih dakwa sebenarnya terkena hidung sendiri. 

Bersih kata macam-macam, tetapi itulah diri mereka sebenarnya. Bersih sedang mengata diri sendiri. Jamal malah sanggup bermalam di jel. 

Siapakah yang sebelum ini ‘suka’ ditahan polis kalau tidak politikus pembangkang dan sekutu mereka? Hal yang demikian kerana inilah antara jalan untuk menjadi wira. Betul, kepada kelompok tertentu Jamal telah menjadi wira. 

Bagi menunjukkan kemewahan seorang pemimpin muda PKR, Jamal berhabis dengan menyewa heli­kop­ter untuk membawa wartawan meninjau ru­mah agam tersebut. Beliau adakan sidang media di depan rumah Disneyland itu. 

Penyokong PKR cuba meng­­a­lihkan perhatian de­ngan mem­­pertikai ke­­­mam­­puan Jamal me­nyewa he­likopter. Mere­ka pun dedahkan pe­rin­cian sewa heli­kop­ter itu. Tan­pa mereka sedari, itu­lah sebenarnya me­sej yang Jamal ingin sampaikan. 

Orang heboh pe­mimpin UMNO sewa heli­kopter. Apa pun hujah PKR dan se­kutu, yang orang ingat ialah rumah me­wah pemimpin berusia 28 tahun itu. Ingat helikopter Jamal, orang ingat kemewahan mendadak pemimpin PKR. Sama halnya dalam isu air Selangor. 

Gimik Jamal yang hanya berkemban di bilik mandi menjadi viral. Kemudian gimik Jamal yang mahu menumpang mandi di pejabat Menteri Besar Selangor menarik perhatian umum. 

Pihak yang mahu mempertahankan kerajaan negeri segera menangkis tindakan Jamal sebagai bodoh dan kebudak-budakan. Ada yang parodikan dan troll aksi Jamal memegang gayung dan berus gigi terselit di celah telinga. 

Sekumpulan penyokong mereka bertindak balas ‘menyerang’ rumah Jamal di Ampang. Mereka kononnya mahu memberikan bantuan air sehingga berlaku pergelutan dua kumpulan. 

Apakah yang orang akan tanya malah akan ingat dengan semua aksi ini? Selangor negeri maju dan berkebajikan tetapi tiada air. 

Tahun ini sudah tujuh kali gangguan bekalan air berlaku. Itu yang orang akan ingat. Dahulu, kerajaan inilah juga yang berkobar-kobar berjanji menguruskan bekalan air dengan cekap dan murah. 

Ayatnya begitu indah, merakyatkan air Selangor. Kini orang marah kerana yang berlaku sebaliknya. Jamal pula di pihak yang menang. 

Semuanya kerana kelemahan ketara pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Di sebalik cemuhan, Jamal kata apa yang beliau lakukan itu untuk rakyat. 

Dan, apabila Majlis Daerah Sabak Bernam menyita dan merobohkan resort milik Jamal sehari selepas gimik bertuala itu, semuanya terlihat seperti permainan politik. 

Jamal memprotes tindakan MDSB itu sebagai balas dendam kerajaan negeri. Beliau pun mengungkit peranan majlis daerah yang seperti membiarkan sahaja premis judi bercambah. 

Jamal, sebagai orang awam yang tiada kuasa membawa wartawan menyerbu premis judi haram. Cara yang sangat daring ini menyerlahkan kelemahan MDSB. 

Katanya, ada sembilan premis judi haram di Sabak Bernam, lima di Sekincan dan empat di Sungai Besar. Sekali lagi walau apa pun pendapat orang, Jamal sentiasa ada cara untuk menyampaikan mesej. 

Barangkali dari sisi lain, Jamal telah menunjukkan hanya dengan serbuan awam seperti itu mampu membanteras kegiatan judi haram. Pemuka PKR, Tian Chua pun dikenal pemimpin gila-gila yang sanggup berbaring di tengah jalan dalam demonstrasi. 

Begitu juga dengan Presiden PAN, Mohamad Sabu yang popular dengan gimik demonstrasinya dan aksi membaling mikrofon. Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula seperti diserang kegilaan dengan gimik dedah sana dan dedah sini. 

Tidak keterlaluan, Donald Trump akhirnya terpilih menjadi Presiden Amerika Syarikat berikutan tindakan gila dan gila-gilanya. Beliau tidak peduli apa lawannya kata. 

Yang penting beliau menjadi diri sendiri. Flamboyan ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mempertahankan hak rakyat AS. Begitu juga dengan tindakan brutal Rodrigo Duterte. 

Presiden Filipina ini menggemparkan dunia dengan tindakan gila dan gila-gilanya demi membersihkan negaranya daripada najis dadah. Beliau menghalalkan darah pengedar dadah. 

Yang tidak dapat disangkal, kini semua orang kenal Jamal. Beliau begitu popular malah mengalahkan populariti menteri.

Ulang siar entri Terima Kasih Popularkan Jamal, Kini Semua Tahu Kerajaan Selangor 2x5 Macam BN Juga.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Terima Kasih Popularkan Jamal, Kini Semua Tahu Kerajaan Selangor 2x5 Macam BN Juga.. 4.5 5 Unknown Tuesday, January 10, 2017 Terima Kasih Popularkan Jamal, Kini Semua Tahu Kerajaan Selangor 2x5 Macam BN Juga.. Oleh : Warong Rakyat (wartawan Utusan) Karakter...


No comments:

Post a Comment