Pernah Gagal SPM Dan Dicerca Masyarakat, Lelaki Ini Buktikan Gagal Sekali Bukan Bermaksud Gagal Selamanya

 On Friday, March 24, 2017  

Pernah Gagal SPM Dan Dicerca Masyarakat, Lelaki Ini Buktikan Gagal Sekali Bukan Bermaksud Gagal Selamanya

Pernah Gagal SPM Dan Dicerca Masyarakat, Lelaki Ini Buktikan Gagal Sekali Bukan Bermaksud Gagal Selamanya

Oleh : Zabidi Hj. Azhar

GAGAL SEKALI TAK BERMAKNA GAGAL SELAMANYA 

Ramai yang mengangkat cerita orang cemerlang dalam pelajaran, tapi orang yang tidak cemerlang, disisihkan dan tidak mendapat tempat di mata masyarakat. 

Gambar Oleh Zabidi
Sudah la gagal, masyarakat pula memandang sepi dan tidak memberikan harapan kepada mereka. Seolah-olahnya jika kamu gagal dalam pelajaran, kamu gagal dalam hidup. Dipandang seperti sampah masyarakat. Sadisnya bagai kaca terhempas ke batu. Stigma ini perlu diubah. 

Sepatutnya orang yang tidak bernasib baik dalam pelajaran, diberikan galakan dan harapan agar mampu bangkit semula daripada kegagalan. Saya juga pernah kecundang dalam pelajaran di zaman persekolahan. Pernah beberapa kali pindah sekolah kerana membuat masalah di sekolah. Muka inilah yang sering dipanggil ke bilik guru disiplin. 

Oleh kerana sering kali naik ke pentas perhimpunan, satu sekolah mengenali saya. Bukannya diberi anugerah, tapi didenda di hadapan pelajar. Pernah saya cuba lari dari sekolah, melalui jalan hutan kelapa sawit untuk ke bandar. Hanya makan buah kelapa sawit dan minum air sungai untuk survive. Tetapi, akhirnya tertangkap juga dan dihantar pulang. 

Setiap sekolah yang saya masuk semuanya tidak bertahan lama, kerana sering buat masalah. Mak ayah pun jadi malu dengan perangai anaknya ini. Akhirnya saya tidak bersekolah, bila duduk di kampung pula semakin menjadi-jadi perangai dan sukar dikawal. 

Rasa hidup semakin bebas, tak fikir dosa pahala. "Budak ni selalu buat masalah kat sekolah dulu" "Macam ni lah budak tak sekolah, menyusahkan mak bapak." 

Itulah bentuk cercaan dan kejian yang pernah saya terima dahulu. Terasa begitu kejamnya dunia. Ibarat ayam tak patuk, itik tak sudu. Sampai satu masa, kesedaran mula menyapa. Mula timbul sesalan dalam diri. Akal kembali berfikir dengan waras. 

Waktu itu, saya beruzlah beberapa purnama. Menjauhkan diri dari dunia luar yang penuh dengan maksiat. Tercari-cari tujuan hidup, mengumpul semangat untuk kembali bangkit. 

Syukur saya dikurniakan mak ayah yang sentiasa berada di sisi untuk menyokong saya di saat jatuh, dan memimpin tangan saya untuk keluar dari lembah kebinasaan. 

Dari situ saya mula mengorak langkah, dan tidak lagi menoleh ke belakang. Memang tidak mudah, tapi inilah harga yang perlu dibayar untuk tebus semula kesilapan yang telah saya lakukan dahulu. Saya mula mengikuti kelas-kelas agama. 

Hampir setiap malam saya akan keliling dari masjid ke masjid untuk mengikuti kuliah agama. Tapi, saya rasa tak cukup dengan kuliah-kuliah agama di masjid, saya terfikir untuk sambung belajar. 

Tapi, saya dah lama tinggal pelajaran dan tak ada sijil untuk mengaji di universiti. Saya daftarkan diri saya untuk menduduki SPM secara persendirian di sebuah sekolah. Kemudian, saya ambil tuisyen persendirian seminggu sekali dengan beberapa orang guru. 

Saya juga tebalkan muka dan ketepikan ego duduk bersama pelajar-pelajar yang lebih muda jarak umur dari saya untuk saya ikuti tuisyen dan seminar SPM percuma yang disediakan oleh kerajaan negeri. Di celah-celah kesibukan bekerja, saya curi juga masa untuk buka buku. Sampai tertidur-tidur atas buku, dek kepentan bekerja di waktu siang. Kakak saya lah yang tolong buatkan jadual dan banyak pantau saya belajar. 

Tinggal masa 6 bulan sahaja baki waktu yang saya ada sebelum tiba tarikh peperiksaan. Ujian percubaan pun saya tak ambil. Saya pergi dengan berbekalkan doa dan redha mak sahaja, lalu saya bertawakal pada Allah. Bila tiba waktu keputusan keluar, Alhamdulillah semua subjek saya lulus dan ada juga yang dapat A. Terus saya sujud syukur dengan keputusan yang diterima. 

Sebelum saya sambung ke Jordan, saya merasakan bahasa arab dan ilmu syariah saya masih lemah. Lalu saya mengikuti pengajian STAM selama setahun di sebuah kolej di Ipoh. Pertama kali baca kitab arab, juling juga mata nak membacanya tanpa baris. Mujur, kawan-kawan banyak menbantu. Adakalanya tertidur dalam kelas sebab tak faham, terutamanya ilmu mantiq. Subjek killer. haha. 

Bila dapat keputusan STAM, Alhamdulillah Tuhan bagi lagi nikmatNya kepada saya lulus lagi satu ujian. Waktu itu, bingung juga nak memilih samada nak sambung ke Jordan atau Mesir. Selepas berbincang dan istikharah, saya buat keputusan untuk ke Jordan walaupun kawan-kawan beritahu kos belajar di sana mahal. 

Tapi, sistem di Jordan lebih baik buat saya yang kurang berdisplin dan masih lemah bahasa arab. Saya juga merancang untuk melengkapkan hafazan Al-Quran, bagi memenuhi hasrat arwah ayah yang ingin ada seorang daripada anaknya yang hafiz Al-Quran. Kekadang terbawa-bawa juga perangai lama, tapi bila ikut usrah ni terkawal lah sikit. Ada kawan yang nasihat dan tegur. 

Saya sering bagi semangat dan dorongan kepada kawan-kawan yang senasib dengan saya dahulu untuk tidak putus asa walaupun pernah gagal dalam pelajaran. Jangan pernah putus asa dari rahmat Allah. 

Kejayaan merupakan suatu yang subjektif bagi setiap orang mengikut ukuran keupayaan dan kelebihan masing-masing, tetapi kejayaan yang hakiki apabila kita memanfaatkan kelebihan yang ada untuk manusia lain. 

"Sebaik baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain." Maksud hadis 

Saya berpegang dengan prinsip 'Better late than never' dan juga ayat Al-Quran 3:159

Ulang siar entri Pernah Gagal SPM Dan Dicerca Masyarakat, Lelaki Ini Buktikan Gagal Sekali Bukan Bermaksud Gagal Selamanya bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Pernah Gagal SPM Dan Dicerca Masyarakat, Lelaki Ini Buktikan Gagal Sekali Bukan Bermaksud Gagal Selamanya 4.5 5 Unknown Friday, March 24, 2017 Pernah Gagal SPM Dan Dicerca Masyarakat, Lelaki Ini Buktikan Gagal Sekali Bukan Bermaksud Gagal Selamanya Oleh : Zabidi Hj. Azhar GAG...


No comments:

Post a Comment