China Pulangkan 20 Kontena 'Musang King' Kerana Racun Ialah Berita Palsu.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menyifatkan maklumat berhubung kegagalan 20 kontena durian Musang King memasuki China adalah tidak berasas.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian itu, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan berkata viral berhubung durian Musang King gagal memasuki China kerana kandungan racun serangga yang tinggi adalah tidak berasas dan tak sahih, lapor Berita Harian.
"Buat masa ini durian segar berkulit dari Malaysia masih belum diberikan akses pasaran ke China. Daripada gambar yang viral, rupa durian itu tidak sama dengan bentuk dan sifat Musang King Malaysia.
"Buat masa ini, Malaysia hanya diberikan kebenaran untuk mengeksport durian separa proses seperti pes dan produk-produk industri asas tani berasaskan durian.
"Malaysia sedang dalam proses memohon untuk mendapatkan akses pasaran bagi buah durian dalam bentuk biji yang disejuk beku pada suhu bawah -80 selsius melalui proses individual quick freezing (IQF) dan mengekalkan suhu pada suhu -18c.
"Ini adalah antara kaedah terbaik bagi memastikan durian Malaysia kekal segar dan berkualiti sepanjang rantaian nilai pengeksportan," katanya menerusi laman facebook.
Mohd Sallehhuddin mengeluarkan kenyataan itu berikutan penyebaran viral, semalam berhubung 20 kontena durian Musing King yang dikatakan dikembalikan semula ke Malaysia kerana tidak dibenarkan memasuki China.

Ulang siar entri China Pulangkan 20 Kontena 'Musang King' Kerana Racun Ialah Berita Palsu. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment