Dia Sudah Tidak Normal Lagi, Doakanlah Dia Luah Bapa Asiah.

 On Monday, November 6, 2017  

Dia Sudah Tidak Normal Lagi, Doakanlah Dia Luah Bapa Asiah.

Dia Sudah Tidak Normal Lagi, Doakanlah Dia Luah Bapa Asiah.

Asiah yang sebelum ini pernah membuat kontroversi mengenai kenyataanya dalam isu poligami telah menfailkan untutan cerai terhadap suaminya Mohd Hatta Saadon atas tiga alasan iaitu, tiada lagi persefahaman (syoqaq berpanjangan), perbezaan pendirian politik (suami terlalu taksub dengan parti PAS) dan suami menuduh dirinya telah murtad.

Terbaru bapanya, Abd Jalil Abd Rahman dalam bahagian komen status telah meminta orang ramai yang mengikuti laman Facebook Asiah untuk mendoakan anak perempuannya kembali normal dan insaf.

Perkara ini menjadi isu hangat diperkatakan netizens kerana konflik rumahtangga Asiah memasuki ke tahap tidak hanya bergaduh dengan suami malahan membabitkan keluarga termasuk bapa kandungnya sendiri.


Oleh : Abd Jalil Abd Rahman
 
Assalamualaikum w.w.!
Acik adalah ayah kandung kpd Asiah. Ketika Asiah masih bayi hinggalah umurnya beberapa tahun, Asiah masih belum kenal Acik. Akan tetapi sebagai insan yang sudah dewasa ketika itu, Acik sudah mengenali beliau sejak dari baru lahir hinggalah sekarang ini.
Jadi tempoh Acik mengenali Asiah tentulah lebih lama dari tempoh beliau mengenali Acik. Oleh kerana itu, maka tak salahlah jika Acik mendakwa bahawa Acik lebih mengenali Asiah dari beliau mengenali Acik.
Membaca tulisan Asiah dlm wallnya ini, Acik tidak nafi ada kebenarannya. Namun bagi Acik tak semua yang beliau dakwa itu kebenaran belaka. Maka sukalah Acik menasihati semua peminat dan pengikut Asiah agar “yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus dibuang”. Rationalise lah terlebih dahulu.

Sebagaimana yang pernah Acik sebut sebelum ini, Asiah adalah individu yang masih perlu dinasihati. Beliau bukanlah lagi individu yang wajar ditauladani, sekurang-kurang untuk seketika ini.
Mengikut penilaian Acik, Asiah sekarang sedang berada dalam suasana yang sangat tidak normal. Acik percaya bahawa semua individu yang membaca tulisan Asiah akhir-akhir ini bersetuju dengan Acik, kecualilah mereka yang juga tidak normal.
Acik harap semua yang mengikuti tulisan Asiah akan sudi berdoa agar beliau kembali normal ASAP, insyaAllah. Atas sumbangan doa anda, Acik dan seluruh ahli keluarga, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita semua.
Wallahualam.

Ulang siar entri Dia Sudah Tidak Normal Lagi, Doakanlah Dia Luah Bapa Asiah. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Dia Sudah Tidak Normal Lagi, Doakanlah Dia Luah Bapa Asiah. 4.5 5 Unknown Monday, November 6, 2017 Dia Sudah Tidak Normal Lagi, Doakanlah Dia Luah Bapa Asiah. Asiah yang sebelum ini pernah membuat kontroversi mengenai kenyataanya dala...


No comments:

Post a Comment