Ini Persediaan Yang Ibu Bapa Patut Lakukan Apabila Anak Duduk Lama Dalam Wad.
Oleh : Abu Aqif
1. Tips ini adalah berdasarkan daripada pengalaman aku sendiri ketika anak kedua warded di HOSPITAL SERDANG pada awal tahun 2013.
2. Bukan sakit sikit-sikit. Sakitnya sehingga terpaksa dirawat di ICU yang pada ketika itu, anak aku baru berumur setahun lebih yang pada mulanya hanya berpunca dari batuk sahaja.
3. Sejak dari hari tu, aku dan isteri bergilir-gilir menjaga anak di hospital, keluar masuk hospital dari 2013 hingga 2015.
4. Sebab tu kalau sesiapa yang follow facebook aku, mereka perasan posting aku semakin berkurang dan ada ketika sehingga tiada posting langsung kerana fokus kepada anak dan keluarga.
Gambar - Abu Aqif |
5. Kalau nak cerita detail agak panjang. Lagipun aku bukan nak cerita pasal diri aku pun. Aku cuma nak cerita pasal tips je. Aku cuba ringkaskan dan fokus hanya pada persediaan kepada penjaga atau ahli keluarga yang menjaga pesakit. Maybe boleh juga guna tips ini untuk jaga ahli keluarga yang lain, tidak semestinya anak kecil.
6. Pertama sekali, ini penting. Jangan ambil mudah kesihatan anak walaupun hanya selsema dan batuk, kerana selsema dan batuk hanya simptom. Kita tidak tahu apa sebenarnya sakit yang dialami unless kalau korang memang doktor la kan.
7. Lepas tu banyakkan istighfar dan taubat. Doakan atau ruqyah anak yang sakit agar sembuh. Doa adalah amalan Nabi dan orang-orang soleh. Ini seharusnya menjadi perkara pertama yang kita kena buat dalam apa juga hal yang kita hadapi atau inginkan.
8. Terus dapatkan rawatan, jangan berlengah. Badan anak tak sama macam badan orang dewasa. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku.
9. Apabila sudah sampai tahap warded bermaksud anak perlu dirawat dan di-monitor oleh doktor.
10. Mula-mula kita perlu tenangkan fikiran. Jangan fikir nak cepat balik. Jangan fikir ada banyak kerja lain yang perlu diselesaikan.
11. Sebab bila kita fikir terlalu banyak, ia akan memberi tekanan kepada diri kita sendiri. Dan mulalah kita menjadi marah dan tidak terkawal. Kena banyak sabar sebab banyak cabaran yang akan mendatang. Aku cuba listkan yang mana aku ingat.
12. Hati, perasaan, emosi masa ni mudah terganggu. Kadang-kadang kita tak boleh berfikir dengan betul. Kena sentiasa ingatkan diri sendiri supaya sabar. Kena ingat, yang sakit tu anak. Bukan kita. Doktor sepatutnya hanya perlu rawat anak. Bukan rawat kita sekali. Sabar....
13. Apabila anak masuk wad, doktor akan mula tanya banyak benda. Jika korang jenis tak amik tau pasal anak, khususnya lelaki la kan, lebih baik beri isteri yang jaga untuk permulaan. Sebab isteri yang lebih tahu anak makan apa, minum susu apa, berapa oz susu anak minum, makan berapa suap, berapa kali makan, berapa kali minum dan banyak lagi soalan sehingga soalan tentang sakit dan simptom yang aku sendiri pun fail nak jawab.
14. Tapi jika suami terpaksa jaga dan tak mampu jawab soalan, make sure isteri standby di rumah. Call je isteri, biar dia jawab dalam fon.
15. Part soal jawab ni pun menguji kesabaran sebab bukan sorang doktor yang akan tanya. Lepas doktor A tanya, doktor B pulak tanya, lepas tu doktor C, sampai la doktor pakar yang akan tanya sendiri, jika sakit tu memerlukan rawatan pakar.
16. Jangan marah, bawak bersabar dan jawab soalan dengan tenang walaupun kadang-kadang pelik, doktor A dengan doktor B tak kawan ke dengan doktor C. Kan korang boleh bincang dalam bilik tu kan? 😂 (Gurau-gurau doktor)
17. Soalan yang ditanya oleh doktor-doktor tu semua akan disampaikan kepada doktor pakar. Pakar akan decide rawatan apa yang akan diberikan kepada anak kita nanti.
18. Masa rawatan bergantung kepada sakit, jika tidak kritikal mungkin tidak lama lepas tu dah boleh discharge. Jika kritikal pastilah memakan masa dan kadang-kadang mungkin beberapa rawatan eksperimen terpaksa dilakukan. Mereka ada procedure yang dah ditetapkan.
19. Jangan segan untuk bertanya. Kadang-kadang mungkin tiada jawapan tentang sakit anak kita sebab ada sesetengah sakit memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Macam anak aku.
20. Di sinilah kita hanya boleh doa, sabar dan nikmati setiap proses-proses yang dilalui.
21. Amik hati nurse ni bukan suruh mengorat. Sebenarnya kalau anak tengah sakit takde selera tengok perempuan lawa macam mana pun.
22. Nurse adalah orang paling kerap jumpa anak kita. Kekejap dia datang. Kejap cek suhu, kejap cek tekanan darah. Tengah malam pun dia datang. Kena jaga hati dia.
23. Kalau boleh hari pertama warded je beli makanan sedap-sedap untuk nurse dan doktor.
24. Kenapa bagi makan?
"Saling memberi hadiah kalian nescaya kalian akan saling mencintai." [HR. Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad no. 594, dihasankan Al-Imam Al-Albani, Irwa'ul Ghalil no. 1601]
25. Ada banyak fadhilat memberi makan, atau bersedekah atau memberi hadiah. Salah satunya, ia dapat melunakkan hati.
26. Sebagai bukti, lihat anak sendiri. Kita beri makan hari-hari dia sayang kat kita kan? Orang kampung kata, 'jinak' 😅
27. Secara jujurnya, banyak jugak duit aku habiskan beli makanan untuk nurse. Kejap beli Pizza, kejap beli KFC, beli kek dan aku bagi semua nurse yang ada dalam wad tu biar diaorg makan ramai-ramai. Sampai tahap aku kaji shift diaorg untuk make sure semua nurse dalam wad tu diberi makan. Yang penting nurse happy.
27. Bila nurse happy, maka, anak kita pun dijaga dengan baik. Pahala pun dapat dan dosa pun terhapus, insyaAllah.
28. Ingat, nurse ni bukan hamba abdi korang. Doktor dan nurse ni bantu rawat anak kita pun dah besar rahmat.
29. Aku tau, mesti korang pikir "dah la anak sakit. Nak kena keluar duit lagi bagi nurse mentekedarah".
30. Memang bila dah masuk wad, masa, tenaga, fikiran, emosi, duit, segala-galanya akan meningkat secara mendadak. Mungkin sampai terpaksa berhenti kerja.
31. Jangan paksa diri. Beri apa yang termampu. Bagi makan karipap pun ok je. Korang sendiri tau kewangan korang sendiri. Aku pernah la sampai jual henpon masa anak aku warded di hospital untuk buat belanja. Biasa la tu. Layankan je. Asam garam kehidupan.
32. By the way, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang bagi tips pada aku supaya berbaik dengan nurse. Ketika dia nasihatkan aku supaya berbaik dengan nurse, beri makan, waktu ni memang emosi aku terganggu. Masa ni aku tak boleh berfikir dengan betul. Tersentak jugak aku bila DARK nasihatkan aku. Terus ingat hadis beri makan. Alhamdulillah, lepas bagi makan, nurse jaga anak aku elok je. Aku tak suruh pun jaga elok-elok. Otomatik. MasyaAllah.
33. Bukan. aku bukan banyak duit. Kebanyakan duit tu adalah duit sedekah dari bos, kawan-kawan dan ustaz-ustaz yang datang melawat. Aku habiskan duit tu semua di hospital juga. Terima kasih kepada yang menyumbang. Semoga Allah membalas korang dengan kebaikan. Jazakallahukhairan.
34. Bagi adik-beradik, sedara-mara, kawan-kawan, apabila tahu ada orang terdekat masuk wad, hulur la mana yang termampu. Aku tau sangat, bila masuk wad tu, banyak belanja kena keluar. Ulang alik ke spital pun dah banyak makan belanja. Apatah lagi jika sakit tu jenis sakit yang berpanjangan. Bukan semua orang reti meminta. Ada yang jenis diam. Tapi aku tau, memang banyak belanja diperlukan. Unless dia mampu dan kaya tu lain la kan. Korang pandai-pandai la judge. Korang yang lebih kenal orang yang dekat dengan korang.
35. Part ni paling aku tak boleh lupa. Pada awalnya kita akan blur bila anak kita masuk ICU. Tambahan, doktor takkan melayan apa-apa soalan dari kita kerana fokus doktor adalah kepada anak.
36. Aku tak nak konar-konar atau guna perkataan atau ayat yang lembut-lembut bila sampai part ICU ni.
37. Nama pun ICU, Unit Rawatan Rapi. Mestilah sakitnya kritikal.
38. Maybe nyawa pun 50-50.
39. Dalam ICU ni hanya bunyik mesin je. Bunyik tit tit.. bunyik alarm.. dan bunyik blower aircond. Suram je rasa tempat dia. Ibu bapa tak boleh jaga di dalam. Tak boleh masuk ramai-ramai dan tak boleh masuk lama-lama. Bila lama sikit nurse atau doktor akan suruh kita keluar.
40. Antara sebabnya adalah kerana, tidak mahu kuman dari kita berjangkit ke pesakit. Pesakit sedang kritikal, antibodi-nya juga sangat lemah. Mudah untuk mendapat serangan kuman dari sesiapa sahaja.
41. Kuman di ICU juga sangat kuat dan mereka tidak mahu kita mendapat jangkitan yang mungkin tidak merbahaya kepada kita, tetapi bahaya untuk anak-anak kita yang lain. Jangan sampai tambah lagi sorang anak masuk ICU.
42. Menangis tu tak payah cakap la. Memang menangis punya. Dah la bilik ICU tu suram. Lebih menyuramkan hati kita. Tambah-tambah lagi bila rawatan yang memerlukan untuk meng-koma-kan anak kita. Segala jenis tiup masuk dalam mulut, cucuk sana sini.
43. Ramai ibu bapa tak dapat bezakan yang mana lebih utama untuk anak kita. Kadang-kadang bab cucuk jarum tu yang dilebih-lebihkan padahal itu bukan kritikal mana pun. Biar je diaorg cucuk. Bukan mati pun kena cucuk jarum. Sakit cucuk tu sekejap je.
44. Di ICU ni mental kena kuat sikit. Banyak sabar dan doa. Tak salah mintak yang lain tolong mendoakan sama.
45. Berbalik kepada dalam ICU tak boleh duduk lama-lama. Ketika ini kita hanya boleh harapkan nurse untuk jaga anak kita.
46. Sebenarnya masa di ICU-lah aku start beli makanan untuk nurse atas nasihat DARK. Alhamdulillah, tips yang satu ni sangat-sangat membantu. Lepas tu aku tengok anak aku bersih je nurse jaga, siap sapu lip balm lagi..
47. Bukan la maksud nurse tak jaga kalau tak beri makan. Maksudnya nampak macam nurse lebih beri perhatian dan lebih caring. Maybe Allah lembutkan hati diaorg kot. Allahua'lam.
48. Kalau korang tengok dari sudut negatif, aku tak boleh buat apa. Tu masalah hati korang. Bukan masalah aku.
49. Dalam ICU ni tak banyak yang kita boleh buat. Doktor pun tak bagi jaga anak di dalam. Jadi, bila petang tu aku nasihatkan baliklah ke rumah, rehatkan badan untuk kembalikan tenaga atau fokus kepada anak yang lain. Dah alang² kat rumah tu solat dan banyakkan doa. Takkan nak kena bagi tau, ye tak?
50. Jika masuk hospital kerajaan korang jangan risau. Banyak subsidi yang pemerintah beri melalui kerajaan kita ni. Sangat banyak. MasyaAllah.
52. Aku yang bukan kerja kerajaan pun dapat rasa subsidi yang kerajaan sediakan. Bil puluhan ribu hanya perlu bayar RM 500 bila discharge.
53. Kadang-kadang aku pelik juga bila baca posting di facebook, ramai orang minta bantuan perubatan. Tapi aku tengok dia orang warded di hospital kerajaan. Korang mintak sampai puluh-puluh ribu, ada yang sampai cecah ratusan ribu, untuk apa?
54. Bahkan, ada ketika aku memang takde duit. Masa discharge aku terus cabut balik. Aku tangguh bayar dulu. Bila ada duit aku bayar semula. Tapi korang jangan sengaja buat tak nak bayar pulak. Berdosa. Sampai macam ni punya baik kerajaan. Apa diaorang buat bila aku tak bayar? Dia orang cuma bagi surat je, beritahu ada tunggakan. Macam bil air pulak rasanya 😂
55. Di setiap hospital, mereka ada Jabatan Kerja Sosial yang mana mereka boleh bantu kita jika kita tidak mampu sediakan duit seandainya kita diperlukan untuk beli apa-apa peralatan atau keperluan.
56. Sebagai contoh, mereka uruskan pembelian mesin oksigen untuk kegunaan anak aku di rumah. Ya, anak aku kena pakai oksigen 24 jam di rumah dulu. Susah nak gerak, kesian dia.
57. Dan aku juga ada tong oksigen untuk guna dalam kereta jika anak aku kena pergi ke hospital. Pun hospital beri.
58. Hospital juga uruskan susu special untuk anak aku.
59. Semua ni Hospital Serdang yang beri melalui Doktor yang merawat anak aku. Namanya Doktor Dayang. Banyak aku terhutang budi dengan dia. Jazakillahukhairan. Semoga Allah menjaga dia, semoga Allah memudahkan urusan dia, semoga Allah berlembut dengan dia sebagaimana dia bersabar merawat anak aku. Kepada nurse dan staff-staf lain juga.
60. Hatta, di Hospital Serdang juga ada sekolah jika anak kita sudah agak besar, maybe dalam lingkungan umur 5 atau 6 tahun ke atas.
61. Gambar dan bil ada banyak, aku share beberapa keping je. Cukup la tu.
62. Terpanjang la pulak.. Bersambung..? Mungkin tak..
* Semoga Allah memudahkan urusan doktor-doktor dan nurse-nurse. Tambah-tambah lagi mereka yang rajin educate masyarakat di media sosial tanpa dapat elaun tambahan pun dalam payslip. Bila la korang rehat.
Ulang siar entri Ini Persediaan Yang Ibu Bapa Patut Lakukan Apabila Anak Duduk Lama Dalam Wad. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment