JPN Nafi Keluar Borang Mohon IC & Ikrar Undi Barisan Nasional.
Sejak pagi semalam tular dakwaan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia telah mengeluarkan satu borang khusus untuk pemohon-pemohon yang mahu memohon status pemaustatin tetap dan warganegara perlulah menyatakan ikrar dan taat setia terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional.
Gambar borang itu tersebar meluas di beberapa platform media sosial seperti Facebook, Twitter, blog-blog dan aplikasi WhatsApp dan Telegram.
Kebanyakan yang menyebarkan gambar borang tersebut adalah dikalangan yang menyokong pembangkang.
Bagaimanapun JPN pada petang semalam menafikan penyebaran gambar borang tersebut dan menolak dakwaan yang ianya ada kaitan dengan agensi berkenaan.
"Penafian. Dimaklumkan bahawa dokumen yang disebar seperti di bawah adalah PALSU dan dokumen tersebut TIDAK dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," kata JPN dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi halaman Facebook rasmi milik agensi itu.
Turut dilaporkan lebih kurang pada tiga minggu lepas satu sindiket yang mengeluarkan borang permohonan kad pengenalan telah ditumpaskan dan kemungkinan besar gambar borang yang tular itu sebenarnya dikeluarkan dan dicetak oleh sindiket tersebut bagi memperdayakan orang ramai dan warga asing. - SoZPress.
Ulang siar entri JPN Nafi Keluar Borang Mohon IC & Ikrar Undi Barisan Nasional. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment