Wanita Dikecam Netizens Kerana Hayun & Tendang Anak Kecil Di Stesen.

 On Wednesday, November 1, 2017  

Wanita Dikecam Netizens Kerana Hayun & Tendang Anak Kecil Di Stesen.

Wanita Dikecam Netizens Kerana Hayun & Tendang Anak Kecil Di Stesen.

Tindakan seorang wanita yang menarik, menghayun dan menyepak anaknya di kawasan stesen nampaknya mencetuskan padah buat dirinya apabila aksinya itu dirakamkan menerusi CCTV dan tular di laman sosial.

Rakaman itu dikesan mulai tular pada 30 Oktober lepas selepas dikongsikan oleh page Metafora Anafora.

Berdasarkan rakaman, kejadian berlaku berhampiran mesin pengimbas tiket tren di sebuah stesen yang tidak diketahui.

Menurut video berdurasi 1 minit 33 saat itu, kelihatan seorang wanita menggalas beg di belakang dan memegang plastik besar ketika ingin melepasi mesin pengimbas tersebut namun tiba-tiba bertindak memukul kanak-kanak tersebut.


Wanita itu juga dilihat menendang anaknya dari belakang beberapa kali.

Sementara itu, ramai pengguna tren yang melalui kawasan berkenaan hanya menyaksikan kejadian tersebut dengan tidak menghalang langsung perbuatan wanita itu terhadap anak kecilnya.


Di media sosial, netizens tampil dengan pelbagai reaksi. Ada yang mengkritik, marah dan geram namun ada pula yang menyokong, memahami dan mengerti kenapa sesetengah ibu sampai hilang sabar hingga terpaksa naik tangan dan kaki untuk mendisplinkan anak masing-masing.
Bodoh punya betina



Mungkin stress

"Mak dia mungkin banyak masalah. Tengok mak dia dengan barang banyak nak dibawa dengan anaknya nakal sangat.

"Cuma, cara dia kasar sangat. Kalau tarik elok-elok, pujuk, mungkin boleh dengar kata budak itu," respon netizens yang lain.


Susah jaga anak nakal


Rakaman video yang mencecah tontonan lebih dari 1 juta kali itu bagaimanapun dipadamkan oleh admin page selepas perkara itu dilaporkan oleh beberapa portal media dan blog-blog tempatan.

Ulang siar entri Wanita Dikecam Netizens Kerana Hayun & Tendang Anak Kecil Di Stesen. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Wanita Dikecam Netizens Kerana Hayun & Tendang Anak Kecil Di Stesen. 4.5 5 Unknown Wednesday, November 1, 2017 Wanita Dikecam Netizens Kerana Hayun & Tendang Anak Kecil Di Stesen. Tindakan seorang wanita yang menarik, menghayun dan menyepak a...


No comments:

Post a Comment