15 Peratus Rakyat Malaysia Ikat Perut Untuk Hidup.

 On Saturday, December 2, 2017  

15 Peratus Rakyat Malaysia Ikat Perut Untuk Hidup.

15 Peratus Rakyat Malaysia Ikat Perut Untuk Hidup.

Sebuah tinjaun yang dibuat oleh Merdeka Center mendakwa bahawa 15 peratus rakyat Malaysia 'ikat perut' atau makan sehari sekali untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Kajian tersebut dijalankan dari 4 hingga 14 November melibatkan seramai 1,203 responden menunjukkan ramai rakyat Malaysia mengadu mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi serta kesempitan ekonomi.

Ahli Ekonomi, Profesor Dr. Barjoyai Bardai berkata situasi tersebut yang perlu dilalui oleh Kumpulan B40 disifatkannya sebagai 'amat membimbangkan'.


Ujarnya lagi, ramai daripada rakyat Malaysia yang tergolong di dalam kumpulan ini tidak mempunyai sebarang simpanan apabila tibanya hujung bulan, manakala simpanan bagi Kumpulan M40 pula berada pada paras minima.

''Pendapatan purata Kumpulan B40 ini berada di bawah paras RM 2000 sebulan sedangkan kos sara hidup minima di bandar besar adalah sekitar RM 2,530. Secara asasnya, mereka tidak mampu membuat sebarang simpanan, kecuali potongan gaji yang dibuat melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),'' katanya.

Malah, beliau turut menambah tekanan tersebut dirasai oleh Kumpulan B40 dan M40 kerana jumlah pendapatan walaupun bertambah namun ia tidak setara dengan peningkatan dalam kos sara hidup yang lebih tinggi.

''Mereka tidak akan mampu mengatasi masalah ini dalam tempoh 10 tahun akan datang. Jadi, kita perlu memastikan bahawa setiap keluarga perlu mempunyai sumber pendapatan yang lain selain pendapatan bulanan,'' katanya lagi.

Beliau turut menambah, walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai program termasuklah menyediakan platform menjalankan perniagaan seperti kaedah 'food truck;, namun usaha secara besar-besaran untuk memastikan setiap isi rumah mempunyai peluang untuk berniaga adalah kunci jawapan kepada masalah ini.

Antara hasil tinjaun lain yang diterbitkan oleh Merdeka Centre pada 24 November, satu tinjaun susulan yang dibuat selepas tinjaun yang dibuat pada Januari antaranya mendapati :

1. 29 peratus respondon tidak memiliki simpanan minimum RM 500 untuk tujuan kecemasan berbanding 33 peratus pada Januari.

2. 64 peratus responden tertekan memikirkan masa depan berbanding 68 peratus pada Januari.

3. 40 peratus responden terpaksa menangguhkan pembayaran bil seperti bil utiliti, tidak berubah berbanding Januari.

4. 20 peratus responden terpaksa membuat hutang baru (pinjaman peribadi atau caj kad kredit) berbanding 18 peratus pada Januari.

5. 15 peratus responden menghadapi konflik baru dengan ahli keluarga berbanding 13 peratus pada Januari.

Responden dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak strata melibatkan pelbagai kumpulan etnik, jantina, dan umur dari seluruh 222 kawasan parlimen, dengan pemilihan berkadar dengan populasi setiap kawasan parlimen.

Seorang lagi ahli Ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam ketika mengulas tinjauan tersebut mendakwa rakyat marhaen menjadi kumpulan yang paling terjejas ketika polisi kerajaan yang lebih menumpukan pada pertumbuhan ekonomi dan politik.




''Persoalan utamanya adalah siapa yang mendapat untung daripada perkembangan ini? Gergasi-gergasi perniagaan dan pelabur asing. Tetapi rakyat diperingkat akar umbi mengalami situasi berbeza,'' katanya.

Ujar beliau lagi, seluruh sistem ekonomi negara perlu dinilai dan dibangunkan semula, dengan keperluan terhadap pengenalan model baru bagi menyelesaikan isu tersebut.

Ulang siar entri 15 Peratus Rakyat Malaysia Ikat Perut Untuk Hidup. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
15 Peratus Rakyat Malaysia Ikat Perut Untuk Hidup. 4.5 5 Unknown Saturday, December 2, 2017 15 Peratus Rakyat Malaysia Ikat Perut Untuk Hidup. Sebuah tinjaun yang dibuat oleh Merdeka Center mendakwa bahawa 15 peratus rakyat Mal...


No comments:

Post a Comment