5 Sekeluarga Maut, Seorang Kritikal Bertembung Bas Ekspress.

 On Wednesday, December 13, 2017  

5 Sekeluarga Maut, Seorang Kritikal Bertembung Bas Ekspress.

5 Sekeluarga Maut, Seorang Kritikal Bertembung Bas Ekspress.

"Kami semua reda dengan pemergiannya. Mungkin rezeki (takdir) mereka hanya setakat ini sahaja," kata Dzulkrinain Yusoh, bapa kepada Allahyarham Muhammad Abu Dujanah, 30 yang maut dalam kemalangan bersama isteri dan tiga anaknya.
Dzulkrinain, 55, berkata anak keduanya itu dalam perjalanan dari Muadzam Shah, Pahang untuk pulang ke rumahnya di Kluang dekat sini selepas mengambil isteri dan anaknya yang berada di sana yang baharu sahaja habis berpantang kerana melahirkan anak bongsunya.
"Sebelum itu, Allahyarham ke Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Muadzam Shah pada Ahad lalu untuk mengambil isterinya yang berpantang di sana dan mahu menunjukkan bayinya kepada kami sekeluarga di Kluang.
"Sebelum kejadian, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan. Namun besan saya memberitahu isterinya iaitu Allahyarhamah Zinnirah Abdul Hamid, 28 menunjukkan sedikit kelainan apabila tidak banyak bercakap seperti biasa," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Segamat di sini, hari ini, lapor Berita Harian.
Terdahulu, Dzulkrinain bersama beberapa anggota keluarga termasuk anak sulungnya, Mohd Nizamuddin, 31, tiba di hospital terbabit kira-kira jam 11 malam bagi tujuan pengurusan jenazah lima ahli keluarga mereka yang maut dalam nahas berkenaan.
Gambar - Facebook
Dzulkrinain berkata, anak keduanya itu bekerja membantunya mengusahakan kedai makan di Kluang, manakala Zinnirah pula mempunyai perniagaan menjual pakaian di bandar yang sama.
Sementara itu, Mohd Nizamuddin, berkata beliau mendapat tahu mengenai tragedi itu selepas mendapat maklumat daripada laman sosial Facebook (FB) pada petang semalam.
"Saya kemudian tanya mak saya, adik saya itu sudah sampai di Kluang atau masih dalam perjalanan. Mak memberitahu mereka sudah sampai di Segamat. Saya cuba tunjukkan gambar kereta itu kepada mak dan beliau hanya mengatakan macam kereta adik saya.
"Saya tengok dalam gambar dalam Facebook, keadaan kereta dan kerusinya seperti milik adik saya. Rasa tidak sedap hati, saya kemudian menghubungi balai polis di Segamat dan pihak polis memaklumkan kejadian yang menimpa adik saya dan keluarganya.
"Saya kemudian memaklumkan kepada ahli keluarga yang lain dan bergegas ke hospital ini." katanya.
Difahamkan semua lima sekeluarga yang maut dalam nahas terbabit akan dibawa pulang ke Kluang sebaik proses bedah siasat dilaksanakan dan dijangka dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Haji Manan berhampiran hospital lama Kluang hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, enam sekeluarga terbabit yang dalam perjalanan dari Muadzam Shah, Pahang ke Kluang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebuah bas ekspres dari arah bertentangan.
Kemalangan itu menyebabkan Muhamad Abu Dujanah dan isterinya, Zinnirah maut di lokasi kejadian.
Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah anak mereka iaitu Nur Magfirah, 6; Muhammad Abu Ajwad, 4 dan Nur Alia Humairah, tiga bulan.
Seorang lagi anak mereka iaitu Nur Ghaziyah Athirah, 3, kini dilaporkan dalam keadaan kritikal dan masih mendapatkan rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kerana kecederaan parah akibat kejadian berkenaan.

Ulang siar entri 5 Sekeluarga Maut, Seorang Kritikal Bertembung Bas Ekspress. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
5 Sekeluarga Maut, Seorang Kritikal Bertembung Bas Ekspress. 4.5 5 Unknown Wednesday, December 13, 2017 5 Sekeluarga Maut, Seorang Kritikal Bertembung Bas Ekspress. "Kami semua reda dengan pemergiannya. Mungkin rezeki (takdir) mereka...


No comments:

Post a Comment