Anak 6 Bulan Tercampak, Kini Hanya Sebelah Mata Berfungsi - Kepentingan Carseat & Luahan Ibu Yang Menyesal.
Oleh : Bel Nawhen
Saya mendapat screenshot ini daripada rakan di Facebook. Betapa risau beliau apabila melihat keadaan bayi ini.
Gambar - Bel Nawhen |
Cuba lihat beberapa dan mungkin banyak kesalahan lagi yang telah ibu ini lakukan dan boleh merisikokan bayi itu sendiri walaupun letak seatbelt atau raga itu muat-muat dengan kereta. Carseat sebenarnya bukan satu pilihan tetapi ia merupakan satu kemestian bagi memastikan keselamatan si anak. Nyawa anak ni bukan boleh ditukar ganti.
Bayi itu memang lihat nyenyak tidur didalam bakul itu. Tapi aspek keselamatan? Tidak dipasangkan seatbelt pada tubuh bayi yang mana boleh merisikokan bayi tercampak sama ada keluar atau mukanya terhentak tempat duduk penumpang jika mengalami kemalangan atau si ibubapa tiba-tiba brek kecemasan.
Aspek keselamatan raga itu sendiri, adakah ia diuji selamat bagi mengelak kecederaan pada ada jika ia patah semasa kemalangan atau kemampuan menampung tekanan tinggi semasa kemalangan atau impak yang kuat diberikan. Raga berpotensi untuk pecah dan pecahannya boleh mencederakan atau menusuk mana-mana organ penting.
Bila beg udara terbuka semasa kemalangan, anak berisiko untuk lemas apabila muka tersembam kepada penyandar tempat duduk penumpang dan impak beg udara itu juga mampu mencederakan bayi serta mematahkan tulang rusuknya.
Kenapa perlu ada carseat di dalam kenderaan?
1. Mendisiplinkan anak.
2. Memberi lebih keselesaan kepada anak-anak sebenarnya jika dilatih dari awal.
3. Aspek keselamatan carseat sendiri telah diuji untuk impak tertentu.
2. Memberi lebih keselesaan kepada anak-anak sebenarnya jika dilatih dari awal.
3. Aspek keselamatan carseat sendiri telah diuji untuk impak tertentu.
Tidak mampu beli carseat atau carrier? Kan boleh menyimpan atau beli prelove. Banyak sebenarnya dijual secara dalam talian.
Membazir?
Ada pula istilah membazir dalam membesarkan anak serta memastikan keselamatannya dijaga?
Jika tidak mahu simpan untuk anak seterusnya, let go kepada mereka yang kurang kemampuan untuk membeli carseat baru. Mana tahu anda pun mampu kurangkan beban keluarga lain.
Hairan sungguh, berkereta mampu, jika kita lihat dalamannya pun macam kereta import, malahan kehamilan sendiri bukannya ekspres seolah hari ni hamil, esok dah melahirkan. Belajarlah menyimpan. Tak payah cari terlalu berjenama, titik beratkan aspek keselamatan sudahlah.
Boleh pula minta jangan kecam. Ini bukan kena kecam lagi, rasanya dia kena duduk diam-diam dan hadam nasihat dari ramai orang. Jangan menyesal kemudian sudahlah.
Ulang siar entri Anak 6 Bulan Tercampak, Kini Hanya Sebelah Mata Berfungsi - Kepentingan Carseat & Luahan Ibu Yang Menyesal. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment