Hari-Hari Makan Ayam Sampai Muak, Bagilah Budu Pula - Mangsa Banjir Kelantan.

 On Sunday, December 3, 2017  

Hari-Hari Makan Ayam Sampai Muak, Bagilah Budu Pula - Mangsa Banjir Kelantan.

Hari-Hari Makan Ayam Sampai Muak, Bagilah Budu Pula - Mangsa Banjir Kelantan.

"Mak Cik dah muak dihidangkan dengan menu ayam setiap hari selama empat hari berada di sini hingga saya rasa seperti 'ayam'."

Begitulah keluhan yang diluah seorang warga emas berusia 69 tahun yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 2, Kelantan.

"Saya berharap sangat dapat makanan lain seperti ikan," katanya yang jemu untuk menjamah juadah berasaskan ayam yang disediakan tiga kali sehari.



Malah, terdapat juga mangsa banjir yang meminta petugas menyediakan budu sebagai ganti kepada menu ayam yang disediakan.

Ketua Tukang Masak, Jamilah Ibrahim yang bertugas di PPS tersebut mengakui menerima aduan dan rungutan daripada mangsa banjir yang jemu dengan menu ayam yang disediakan.

Ujarnya, pihaknya memasak lebih 100 kilogram ayam setiap hari termasuklah menyediakan beras seberat 80 kilogram (kg) bagi makanan pagi, tengah hari serta malam untuk menampung jumlah mangsa  seramai 1,200 orang.

Katanya lagi, ada juga mangsa banjir yang meminta untuk disediakan ikan atau ikan kering yang didakwa dapat membangkitkan selera makan mereka.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup ketika mengulas perkara tersebut mengakui bahawa pihaknya tidak dapat menyediakan juadah seperti yang diminta kerana barangan basah seperti ikan tiada bekalan.

Jelasnya lagi, setakat ini sejumlah 50 tan beras sudahpun diagihkan kepada 216 PPS yang ada diseluruh Kelantan.

"Penggunaan harian dianggarkan 1.6 tan ayam sehari, 500 kg sayuran, 1,000 sarang telur dan lebih 500 kotak sardin untuk 59 buah pusat pemindahan banjir seluruh Kelantan''.

Sumber : Astro Awani

Ulang siar entri Hari-Hari Makan Ayam Sampai Muak, Bagilah Budu Pula - Mangsa Banjir Kelantan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Hari-Hari Makan Ayam Sampai Muak, Bagilah Budu Pula - Mangsa Banjir Kelantan. 4.5 5 Unknown Sunday, December 3, 2017 Hari-Hari Makan Ayam Sampai Muak, Bagilah Budu Pula - Mangsa Banjir Kelantan. "Mak Cik dah muak dihidangkan dengan menu ayam setia...


No comments:

Post a Comment