Jangan Cuai Tinggalkan Barang Sendiri Atas Meja Ketika Makan Di Luar - Ini Kisah Pengajaran Untuk Semua.
Tujuan saya menceritakan perkara ini adalah untuk dijadikan pengajaran dan peringatan untuk diri saya sendiri dan iktibar buat semua. Saya sedar semua ini berpunca daripada kesilapan dan kelalaian saya.
Saya tidak bertujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan maruah sesiapa pun, demikianlah luahan seorang facebooker yang dikenali dengan nama Husna Meow yang mana statusnya tentang kejadian cubaan mencuri di KFC menjadi tular baru-baru ini.
Menurut Husna yang berkongsikan kekesalan di facebooknya, sesetengah netizens nampaknya membaca penulisannya dan meletakkan respon yang agak negatif.
Terdahulu status Husna mengenai insiden kecurian di KFC menjadi tular dan dikongsikan oleh ramai pihak.
"Sedang saya enak menikmati Chizza tiba-tiba sos cili tidak cukup. Nasib baik tempat nak ambil sos cili tu betul-betul dekat dengan tempat saya makan. Bangun sekejap ambil sos dan tanpa memikirkan apa-apa dengan membiarkan kunci, telefon dan dompet di atas meja KFC. Bagaimanapun demikian ia masih dalam pemerhatian saya. Tidak saya lepas pandangan.
Tiba-tiba ada seorang lelaki dari meja sebelah datang ambil telefon dan dompet saya. Dengan segeranya saya memanggil dia, hey tu saya punya. Dia kelihatan terkejut dan berkata. Oh ingatkan ada orang tinggalkan tadi. Saya nak pulangkan ke kaunter KFC.
Oh okay. Tak sampai seminit pun orang tinggalkan tapi takpelah mungkin dia betul-betul berniat baik. Apabila lelaki itu kembali ke mejanya semula yang mana betul-betul bersebelah dengan meja saya, anak perempuannya pun berkata.
Baba cakap nak curi telefon dan dompet warga ungu tu bagi adik. Cepatlah ambil. Lepas tu kena tepis dengan mak dia. Kanak-kanak memang jujur. Keadaan ketika itu agak janggal kerana mereka menyedari saya mendengar kata-kata itu tetapi mereka tetap buat-buat normal makan kat sebelah," katanya dalam satu status yang menjadi tular.
Menurut Husna lagi, meskipun menyedari insiden itu berpunca dari kecuaiannya tetapi sebagai seorang bapa apakah mesej yang beliau mahu sampaikan, tunjukkan pada anak perempuannya? Tidakkah kita menyedari ianya salah untuk mengambil sesuatu yang bukan milik kita, soalnya lagi.
Penulisan Husna itu bagaimanapun telah disorokkan dari pengetahuan umum atas alasan ianya menjadi viral di media sosial.
Menurut Husna, beliau beranggapan lelaki itu tersebut ialah seorang 'opportunist' berbanding pencuri kerana itulah label setepatnya buat lelaki sebegitu. - SoZPress.

Ulang siar entri Jangan Cuai Tinggalkan Barang Sendiri Atas Meja Ketika Makan Di Luar - Ini Kisah Pengajaran Untuk Semua. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment