Obesiti - Mengapa Gagal Kurangkan Berat Badan.

 On Sunday, December 3, 2017  

Obesiti - Mengapa Gagal Kurangkan Berat Badan.

Obesiti - Mengapa Gagal Kurangkan Berat Badan.

1. KEMANDULAN DAN KESUBURAN. 
Memang benar kegemukkan menyebabkan berbagai penyakit. Ia mengganggu kesuburan, kehamilan dan kelahiran. Sering dikaitkan dengan PCOS, menyebabkan telor tak matang, kemandulan dan gangguan haid. Bila hamil, risiko gugur premature Labour, bayi mati dalam perut, bayi juga meningkat.

2. DENIAL. 
Orang obese ada masalah minda. Mereka menyangkal hakikat mereka makan berlebihan. 'Denial syndrome'. 

Hanya makanan berlebihan sahaja yg menyebabkan seseorang gemok, khususnya makanan lebih gula dan karbohaidret.
 

Seboleh-bolehnya mereka cuba menyorokkan, seperti makan seorangan, makan waktu selingan dan luar waktu makan.
3. CATIT CITA2 DAN SASARAN.
Semua orang ada cita2 dan azam, nak sihat, kaya, bahagia berkeluarga, warak dan taqwa. Catitkan cita2 kita dan sinaraikan sasaran2 dalam note book. Jadikan satu tabiat mencatit setiap hari. Rancang tindakan2 untuk capai sasaran. Kali ini cita2 kita nak KURUS BADAN.
4. KAWAL DAN KURANGKAN MAKANAN. LAKUKAN EXERCISE 30 MINIT SETIAP HARI.
Dua tindakan sangat penting dan berkesan untuk kurus.
5. CATITKAN SASARAN BAGI SETIAP MINGGU DAN SETIAP BULAN
Mithalnya nak capai pengurangan berat 2 atau 3 kilogramme setiap bulan. Sasaran terakhir nak kurang berat 20 kg.
Pantau setiap hari, minggu dan bulan. Setiap pagi kata pada diri sendiri. Berbisik atau dengan kuat. "Saya boleh buat". Berulang2 kali sampai ia masuk dalam 'subconscious minds'
6. AMALKAN PEMIKIRAN POSITIVE.
Hilangkan denial syndrome. Katakan pada diri sendiri;
"Aku boleh hamil bila kurus"
"Aku lebih cantik bila kurus"
"Suami aku lebih sayang bila kurus, cantik dan ada anak."
Ulang-ulang setiap waktu bila lapang. Tengok gambar-gambar wanita yang cantik dan langsing badannya. Tenung dan bayangkan diri kita begitu. Saloma ada kata "Tiru macam saya"
7. UBAH TABIAT MAKAN.
Ambil sedikit makan. Pakai pinggan kecil. Jangan tambah sajian. Kunyah lama-lama, 20 kali kunyah bagi setiap suapan. Makanan selingan (tea dan coffee breaks), makan buah badam, kismis atau korma. Minum green tea. Mulakan dengan buah-buah sebelum makan lunch dan dinner.
8. BERDOA AGAR CITA2 DAN USAHA KITA DI MAKBULKAN ALLAH. 
Aamin

Ulang siar entri Obesiti - Mengapa Gagal Kurangkan Berat Badan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Obesiti - Mengapa Gagal Kurangkan Berat Badan. 4.5 5 Unknown Sunday, December 3, 2017 Obesiti - Mengapa Gagal Kurangkan Berat Badan. Oleh : Dr. Hamid Arshat 1. KEMANDULAN DAN KESUBURAN.  Memang benar kegemukkan menyeba...


No comments:

Post a Comment