Penerima BR1M, JKM, Zakat Tak Layak Mohon KISS Selangor?

 On Thursday, December 14, 2017  

Penerima BR1M, JKM, Zakat Tak Layak Mohon KISS Selangor?

Penerima BR1M, JKM, Zakat Tak Layak Mohon KISS Selangor?

Tular di laman sosial mengenai luahan seorang facebooker yang menggunakan nama Seri Noor di Facebook yang kecewa kerana gagal mendapatkan bantuan KISS.


Beliau menulis : "KISS INDAH KHABAR DARI RUPA

Pagi ini ke pejabat ADUN bertanyakan tentang Program Kiss yang di warkan permohonannya di buka hari ini 13 Dis 2017. Setiba disana pegawai yg berada di Pejabat tersebut menerangkan bahawa permohonan ini hanya di beri pada pemohon yang belum pernah menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan negeri atau pusat.

Diterangkan lagi yang telah menerima Kad Peduli Sihat bantuan JKM bantuan Zakat dan #BR1M adalah tidak layak memohon. Bertepatanlah dengan peruntukan kerajaan Negeri Selangor yang hanya seramai 30 ribu orang sahaja penerima bagi program Kiss ini. Adalah amat tidak wajar penerima-penerima bantuan daripada kerajaan pusat atau pun negeri dinafikan hak untuk menerima bantuan yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor  ini.

Persoalannya jika penerima-penerima bantuan ini tidak layak siapakah yang layak? Rasanya mungkin hanya warga asing yang layak untuk menerima bantuan program Kiss ini.

Jadi benarlah kata sesetengah pihak bahawa program ini hanya mahu mencari populariti menjelang PRU akan datang. 

Rakyat Selangor Kecewa," di satu kenyataan yang dipetik dari Facebook peribadinya.

Tinjauan yang dilakukan oleh pihak kami juga mendapati Seri Noor aktif menyerang dan mengkritik kepimpinan kerajaan negeri selama ini.



Semakan yang dilakukan pula mendapati penulisan oleh Seri Noor menjadi viral di media sosial dan kerajaan negeri menerima kecaman terutamanya dikalangan penyokong Barisan Nasional. 

Menurut portal kerajaan negeri;

Syarat Kelayakan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018 adalah seperti berikut;

1.  Warganegara Malaysia; dan


2.  Lahir di Selangor atau menetap di
     Selangor melebihi 10 tahun ; dan


3.  Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
     dan


4.  Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan


5.  Pendapatan isi rumah di bawah RM
     2,000 sebulan.


Dan setiap permohonan yang diluluskan akan menerima Kad KISS yang mana;

1. RM200 akan dimasukkan setiap bulan.

2. Perbelanjaan secara cashless  = tanpa menggunakan tunai, transaksi jual beli menggunakan kad sahaja.

3. Baki kad tidak akan dibawa ke bulan hadapan.

4. 200 tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan makanan & keperluan seperti beras, susu, ikan, pampers, gula, bawang dan seerti dengannya.

5. Tertakluk kepada pasaraya dan pusat membeli belah tertentu yang bekerjasama dengan kerajaan negeri sahaja.

Menurut kerajaan negeri lain kuota 30,000 yang diperuntukkan adalah merujuk kepada statistics sebenar penduduk Selangor yang menerima gaji dibawah 2,000. Ini bermaksud kesemua yang bergaji rm2,000 sepatutnya layak mendapatkan bantuan ini.

Tiada syarat tambahan dikenakan seperti penerima BR1M, JKM dan zakat yang dilarang memohon KISS Selangor disebutkan dalam laporan itu.

Ulang siar entri Penerima BR1M, JKM, Zakat Tak Layak Mohon KISS Selangor? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Penerima BR1M, JKM, Zakat Tak Layak Mohon KISS Selangor? 4.5 5 Unknown Thursday, December 14, 2017 Penerima BR1M, JKM, Zakat Tak Layak Mohon KISS Selangor? Tular di laman sosial mengenai luahan seorang facebooker yang menggunakan nama...


No comments:

Post a Comment