PPSR Ganti UPSR Mulai 2018 - Ini Apa Yang Ibu Bapa Patut Tahu!
Nampaknya sejak semalam ibu bapa meluahkan keresahan hati masing-masing di laman sosial sejurus tersebarnya laporan berita yang mengatakan PPSR akan digantikan dengan USPR mulai tahun depan.
Berita seperti ini sudah tentu membimbangkan kerana ibu bapa bimbang anak masing-masing dijadikan 'makmal tikus' sekali lagi setiap kali sistem pendidikan baru diperkenalkan.
Untuk itu, disini penulis akan kongsikan kepada ibu bapa apa itu PPSR dan benarkah ia akan mengantikan UPSR dan apakah sistem ini lebih baik dari sistem sedia ada.
Bacalah!
PPSR ialah singkatan kepada Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah. Ketika keputusan USPR 2017 diumumkan, KPM turut mengambil kesempatan melancarkan PPSR secara rasminya kepada umum dan mengesahkan bahawanya ia akan mula dilaksanakan mulai tahun 2018 sepenuhnya.
Sumber - KPM |
Di dalam PPSR ada komponen utama yang akan digunakan untuk menilai murid-murid iaitu:
➡ Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.➡ Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
PBD dilaksanakan dalam semua matapelajaran. Kaedah pentaksiran PBD termasuklah kuiz, kerja projek, ujian bulanan dan peperiksaan peringkat sekolah.
PAJSK adalah satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum serta penglibatan dan penyertaan murid dalam kelab / persatuan, pasukan badan beruniform dan sukan / permainan. Pentaksiran ini juga melibatkan pelaporan kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan (Ujian SEGAK) yang mula dilaksanakan di semua sekolah pada bulan Mac dan Ogos setiap tahun.➡ Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Pentaksiran psikometrik adalah kaedah sistematik untuk menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi murid sama ada dalam domain kognitif atau afektif.
Ini bermakna, pelaporan PPSR tidak hanya mengambil kira banyak mana calon mendapat A dalam semua subjek, tetapi tiga komponen berkenaan turut diambil kira untuk melihat pencapaian murid secara keseluruhan.
Dan mengikut apa yang diberitahu Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, tidak semestinya dapat semua A dapat ke SBP. Dua A pun boleh. Tiada A pun boleh.
Jom lihat infografik ringkas dibawah ini;
Diharapkan para pembaca jelas dan faham dengan penerangan serba ringkas ini. Tujuan PPSR diperkenalkan ialah untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Murid tidak lagi dinilai secara rambang berdasarkan berapa banyak jumlah A yang dia dapat sebaliknya setiap murid akan dinilai berdasarkan potensi diri yang dimiliki secara khusus. - SoZPress.
Ulang siar entri PPSR Ganti UPSR Mulai 2018 - Ini Apa Yang Ibu Bapa Patut Tahu! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment