Teknik 'Couching' Rawat Katarak Diharamkan Kerana Boleh Menyebabkan Pesakit Jadi Buta.
Pengamal aktiviti 'couching' yang didakwa menjadi alternatif untuk merawat penyakit katarak akan diambil tindakan dan dipantau oleh semua Jabatan Kesihatan negeri masing-masing lapor Berita Harian hari ini.
'Couching' merupakan teknik menolak lensa mata ke bahagian 'cavity vitreous' yang didakwa mampu merawat penyakit katarak dengan aktiviti itu dilapor viral di media sosial.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, sebelum ini amalan teknik terbabit sudah diharamkan serta sudah disahkan tidak mampu merawat penyakit katarak.
Jelasnya, teknik 'couching' itu dikatakan mampu memberi kesan lebih buruk kepada peaskit dalam jangka masa panjang termasuk menyebabkan buta.
"Pesakit katarak juga dinasihat mendapatkan nasihat pakar perubatan dan menjalani pembedahan di hospital dengan keseluruhan prosesnya hanya mengambil masa hampir 30 minit sahaja.
"Teknik 'couching' ini tak diiktiraf, selain dikhuatiri akan menyebabkan keadaan mata pesakit bertambah buruk jika melakukannya. Ini kerana bahagian mata sangat kompleks dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku," katanya.

Ulang siar entri Teknik 'Couching' Rawat Katarak Diharamkan Kerana Boleh Menyebabkan Pesakit Jadi Buta. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment