Warga Emas Kesedihan Dipinggirkan Oleh 7 Anak Kandung Lepas Dapat Harta 4 Juta.
Seorang warga emas yang dikenali dengan nama Daut @ Md Kassim Jali, 83 tahun, tampil di media bagi mendapatkan keadilan buat dirinya selepas mengadu dianiaya oleh tujuh anak kandungnya sendiri.
Anak-anaknya terdiri daripada 3 perempuan dan 4 lelaki yang berusia di antara 41 tahun hingga 58 tahun. Menurut Daut beliau telah menyerahkan kesemua aset miliknya yang dianggarkan bernilai lebih dari RM4 juta bagaimanapun beliau dipinggirkan oleh anak-anak selepas hak milik harta dipinda.
Daut turut menceritakan yang dahulunya beliau hidup serba mewah dengan perniagaan tiga buah stesen minyak, ladang ternakan ayam seluas 10 ekar dan dua ladang tanaman sawit, memberi kepercayaan sepenuhnya kepada tujuh anak berusia 41 tahun hingga 58 tahun untuk meneruskan legasi perniagaan yang telah diusahakan sejak tahun 70-an lagi secara berperingkat.
Daut yang diserang angin ahmar pada 2013 ibarat jatuh ditimpa tangga apabila dipinggir anak-anaknya dan terpaksa menyara kehidupan serta rawatan kesihatan sendiri dengan sisa baki kudrat yang ada.
Menurutnya lagi, ketika dalam keadaan sakit dan tidak mampu berfikir dengan waras, dia telah diperdaya salah seorang anaknya untuk menukar segala hak milik pegangan saham sebuah syarikat ladang ternakan ayam daging kepada nama anaknya itu.
Bukan itu sahaja, malah sebuah rumah di Cheras yang dibeli dengan harga RM600,000, deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM800,000, serta akaun simpanan semasa syarikat bernilai RM100,000 turut beralih tangan.
Kata Daut, dia kini yang hidup menumpang kasih dengan isteri kedua serta tujuh anak tirinya Di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah.
Daut bersyukur kerana anak-anak tirinya begitu bertanggungjawab menjaganya biarpun dalam keadaan dirinya yang kini uzur, lapor Awani.
Malah katanya, masih segar di ingatan kenangan empat tahun lalu, di mana dia memandu seorang diri dan secara tiba-tiba minyak keretanya habis sebelum membuat keputusan untuk singgah di stesen minyak yang pernah dibina suatu ketika dahulu sebelum ia diserah kepada anak perempuan kesayangannya.
Dengan nada sebak, katanya, dia menunggu hampir dua jam untuk mendapatkan minyak percuma, malah bukan sahaja dihalau, dia turut diherdik anaknya sendiri.
“Di Kuala Sungai Baru empat tahun lepas, ketika saya bawa kereta minyak habis. Saya pergi ke stesen minyak minta pekerja di situ tolong isikan, tapi dia tak bagi sampailah ke malam.
"Dekat dua jam saya tunggu, saya telefon dia, dia hentam saya balik.
“Saya yang bina stesen minyak tu… saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan,” kata Daut.

Ulang siar entri Warga Emas Kesedihan Dipinggirkan Oleh 7 Anak Kandung Lepas Dapat Harta 4 Juta. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment