Tiket Feri Langkawi Kembali Ke Harga Asal Selepas Netizens Bersatu Bantah Kenaikan.

 On Wednesday, January 3, 2018  

Tiket Feri Langkawi Kembali Ke Harga Asal Selepas Netizens Bersatu Bantah Kenaikan.

Tiket Feri Langkawi Kembali Ke Harga Asal Selepas Netizens Bersatu Bantah Kenaikan.

Oleh : Bernama

Harga tiket feri Langkawi kembali kepada harga asal selepas caj pengurusan sebanyak RM3 yang diperkenalkan baru-baru ini ditarik semula semalam selepas mendapat bantahan dari pelbagai pihak.

Hasil tinjauan Bernama di jeti Kuala Kedah pagi semalam mendapati harga tiket bagi dewasa telah kembali dijual pada harga RM23 berbanding RM26, manakala bagi kanak-kanak RM17 berbanding RM20 kelmarin.Selain itu, tiket warga emas juga turut kembali kepada RM23 selepas tempoh promosi sebanyak RM17 tamat.

Zaiton Abdullah, 54, berkata penarikan caj pengurusan itu melegakan banyak pihak dan berharap ia kekal bagi menggalakkan aktiviti pelancongan di Pulau ini.

“Saya tidak setuju jika naik sebab saya datang dari Sik dah kena bayar RM9.80 untuk ke jeti ini, bila tiba di Langkawi kena bayar lagi RM26,” katanya ketika ditemui semalam.



Asma Ishak, 55, berkata beliau bersyukur apabila harga tiket kembali kepada asal. Tambahnya lagi, ia akan menjadi beban untuk ahli keluarga yang ramai dan akan menjejaskan industri pelancongan di pulau peranginan tersebut.

“Kelmarin saya kena bayar sampai RM26, tapi kerana ada tugas yang nak dibuat di Langkawi, saya pergi juga,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Yusrizal Yusoff berkata, selepas kenaikan harga tiket kelmarin, pihaknya menerima lebih 100 aduan berhubung perkara itu.

Harga tiket selepas dikenakan caj pengurusan kelmarin
“Kita menyambut baik langkah yang diambil operator feri menarik semula caj pengurusan itu. Bagi saya adalah tidak wajar untuk mengenakan caj tersebut dengan alasan untuk menggalakkan pembelian tiket dalam talian," katanya.

Menerusi harga tambang baharu itu kelmarin, penumpang yang membeli tiket melalui kaunter dari Kuala Kedah perlu membayar RM26 bagi dewasa (harga lama RM23) dan RM20 bagi kanak-kanak (lama RM17) dan dari Kuala Perlis ke Langkawi pengguna dikenakan RM21 untuk dewasa (lama RM18) dan RM16 bagi kanak-kanak (lama RM13).

Ulang siar entri Tiket Feri Langkawi Kembali Ke Harga Asal Selepas Netizens Bersatu Bantah Kenaikan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Tiket Feri Langkawi Kembali Ke Harga Asal Selepas Netizens Bersatu Bantah Kenaikan. 4.5 5 Unknown Wednesday, January 3, 2018 Tiket Feri Langkawi Kembali Ke Harga Asal Selepas Netizens Bersatu Bantah Kenaikan. Oleh : Bernama Harga tiket feri Langkawi kembali ...


No comments:

Post a Comment