Kisah Di Page KRT Rekaan Ataupun Benar?
SOSMED | Beberapa hari lepas admin page Kisah Rumah Tangga (KRT) telah menularkan kisah seorang isteri yang enggan membuat laporan polis meskipun anak kandungnya mengalami gangguan seksual.
Anaknya itu mengalami gangguan seksual dari bapa tirinya yang juga suami kepada sang isteri itu.
Sang isteri itu dikatakan pernah membuat laporan polis kes cabul ke atas suaminya itu namun telah menarikbalik semula laporan tersebut selepas suaminya berjanji akan membelikan kereta.
Kisah itu kemudiannya menjadi sensasi di laman sosial dan turut mendapat perhatian penulis. Maka penulis telah bertindak;
👉 Melaporkan kepada pegawai Hannah
👉 Mencadangkan kempen kesedaran kepada sang isteri, ini kerana bukannya kali pertama kita membaca maklumat sang isteri yang suka melindungi / menyembunyikan perlakuan jahat suami ke atas anak-anak atas alasan sayang dan menjaga aib
Kes ini kes yang serius tetapi nampaknya admin KRT beranggapan kisah gangguan seksual adalah kisah lucu yang bertujuan untuk mendapatkan hits tinggi di Facebook barangkali.
Telah tiga kali dia bertindak memadamkan kisah tersebut. Apabila diminta butiran pengadu, tidak pula dia endahkan. Sedangkan semua individu yang berdedikasi membanteras gangguan seksual sudah bersedia pada bila-bila masa untuk assist kes itu.
Selama ini penulis pernah beberapa kali membaca sangkaan negatif terhadap halaman KRT tetapi penulis kurang mengambil peduli secara serius kerana tidak mengikuti halaman itu.
Ada di antara kawan penulis, yang membuat kempen kesedaran ke atas halaman KRT. Sebagai suami beliau bertindak melarang isterinya dari mengikuti KRT bahkan menasihati wanita-wanita lain khususnya para isteri untuk menjauhi halaman KRT - kerana baginya halaman itu adalah halaman yang merosakkan akal wanita/sang isteri dengan cerita-cerita karut bahkan seolahnya mengalakkan sang isteri mengumpat kisah rumah tangga masing-masing secara terbuka.
Katanya lagi, halaman itu mendorong membuka aib sang suami dan isteri di laman sosial tanpa perasaan malu.
Oleh kerana penulis tidak mengikuti halaman KRT maka penulis tidak dapat memastikan samada sangkaan negatif yang terpalit ke atas halaman itu adalah betul ataupun tidak.
Bagaimanapun kisah gangguan seksual yang dikongsikan admin KRT sebanyak tiga kali dan dipadamkan juga sebanyak tiga kali mungkin membenarkan sangkaan negatif sesetengah pihak.
Adalah satu pembohongan untuk mengatakan Facebook memadamkan semua post-post berkaitan gangguan seksual itu.
Boleh jadi admin KRT terkejut kerana gerakan membanteras gangguan seksual sangat aktif untuk membantu.
Dinasihati kepada admin KRT, jangan kongsi jika tak pasti. Jangan reka cerita sesuka hati. Kali pertama dimaafkan, jika berlaku lagi, maka kami akan mencari. - 3 April 2019.

Ulang siar entri Kisah Di Page KRT Rekaan Ataupun Benar? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment