905 Ialah Hari Muhasabah Bukannya Sambutan Hari Bodoh..

 On Thursday, May 9, 2019  

905 Ialah Hari Muhasabah Bukannya Sambutan Hari Bodoh..

905 Ialah Hari Muhasabah Bukannya Sambutan Hari Bodoh..

Oleh : Shafiq Fhadly

Maaf, agak kurang setuju dengan posting “sambutan hari bodoh” “hari kena kencing” dan beberapa konotasi negatif yang memberi gambaran buruk bukan sahaja kepada proses demokrasi di Malaysia, malah bertentangan dengan nilai murni bulan Ramadhan yang mulia.

 

 
9 Mei 2018, rakyat Malaysia telah membuat keputusan menukar kerajaan.

Maka, 9 Mei perlulah diangkat sebagai sebuah HARI MUHASABAH

- Muhasabah buat sang pemerintah yang kalah atas kesalahan yang dilakukan sehingga rakyat menolak kamu
 

- Muhasabah buat sang pemerintah yang kalah atas kesilapan dalam parti kamu
 

- Muhasabah buat ahli parti

Di ambang sambutan ulangtahun Umno tidak lama lagi, apakah kita telah bermuhasabah sebagai sebuah parti, ke mana langkah kita selepas ini? Apakah kita telah mula berubah, atau hanya sekadar mencanang retorik tetapi masih tersangkut di takuk lama?

9 Mei juga adalah HARI MUHASABAH

- Muhasabah buat rakyat yang mengundi
- Muhasabah buat anak muda
- Muhasabah buat pengundi pertama kali
- Musahabah buat pengundi bandar dan luar bandar
- Musahabah buat orang Felda
- Muhasabah buat petani, nelayan dan pekebun kecil
- Muhasabah buat peniaga
- Muhasabah buat mahasiswa
- Muhasabah buat anak muda yang tidak daftar


Dan yang terakhir MUHASABAH BUAT SANG PEMERINTAH YANG MENANG

Apakah kamu telah tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat dan janji-janji yang kamu taburkan.

9 Mei juga HARI MUHASABAH untuk kita menilai;

- Kesan salah memilih pemimpin


- Kesan memilih parti yang terang-terang menentang orang Melayu dan Islam


- Kesan penipuan dan fitnah


- Kesan ekonomi yang tidak diurus dengan baik


- Kesan bila rakyat tidak diutamakan


Kesan apabila kita salah menukar parti memimpin kerajaan, tidak seperti menukar baju.

SELAMAT BERMUHASABAH BUAT SEMUA.

#BLACK905

Ulang siar entri 905 Ialah Hari Muhasabah Bukannya Sambutan Hari Bodoh.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
905 Ialah Hari Muhasabah Bukannya Sambutan Hari Bodoh.. 4.5 5 Unknown Thursday, May 9, 2019 905 Ialah Hari Muhasabah Bukannya Sambutan Hari Bodoh.. Oleh : Shafiq Fhadly Maaf, agak kurang setuju dengan posting “sambutan hari b...


No comments:

Post a Comment