Polis Siasat Rakaman Tular Pelajar Sekolah Pukul Dan Serang Rakan..

 On Thursday, July 4, 2019  

Polis Siasat Rakaman Tular Pelajar Sekolah Pukul Dan Serang Rakan..

Polis Siasat Rakaman Tular Pelajar Sekolah Pukul Dan Serang Rakan..

KLIP video yang menunjukkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, diserang oleh rakan sekelasnya, tular di media sosial.
 

 
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan, dilihat diserang di kawasan sekolah kira-kira pukul 2.30 petang Rabu (3 Julai).

Difahamkan mangsa dibawa ke kawasan berhampiran kawasan parkir motosikal oleh seorang pelajar lain, mendakwa individu yang terbabit dalam perselisihan faham dengannya sebelum itu mahu meminta maaf.

Sebaik mangsa tiba di tempat kejadian, seorang individu dilaporkan memohon maaf dan kemudian menolaknya semasa dia hendak beredar, mengakibatkan mangsa terjatuh.

Pelajar itu kemudian memukul kepala mangsa yang terbaring di tanah, dan menendangnya.

Salah seorang pelajar yang turut berada di tempat kejadian membuat rakaman insiden menggunakan telefon bimbit.

Menerusi klip tersebut, kedengaran pelajar-pelajar lain bersorak terhadap penyerang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Haslah Bachok berkata, mangsa yang ditemani ibu bapanya membuat laporan polis di balai polis Seri Menanti pada kira-kira 11 malam Rabu.

"Kita akan memanggil beberapa pelajar bagi membantu siasatan.

"Setakat ini, hanya seorang pelajar yang menyerang mangsa,"
tambahnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan (Mstar). - 4 Julai 2019.

Ulang siar entri Polis Siasat Rakaman Tular Pelajar Sekolah Pukul Dan Serang Rakan.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Polis Siasat Rakaman Tular Pelajar Sekolah Pukul Dan Serang Rakan.. 4.5 5 Unknown Thursday, July 4, 2019 Polis Siasat Rakaman Tular Pelajar Sekolah Pukul Dan Serang Rakan.. KLIP video yang menunjukkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun...


No comments:

Post a Comment