Caj Letak Kereta Di KLIA2 Kekal RM46 Sehari.
Kalau tak suka bayar parking mahal2 maka jangan parking.
HAHAHA..
Mahal memang mahal nak mampos. Alasan tak boleh dikurangkan adalah kerana operasi di KLIA2 adalah masih baru dan pihak pengurusan juga tak bercadang turunkan harga disebabkan tempat parking mendapat sambutan lebih2 lagi pada hujung minggu.
Pheeww..
Alasan macam menteri la. Sifu dorang kot?
HAHAHA..
Baca ;
Pihak pengurusan tempat letak kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Segi Astana Sdn Bhd, tidak berhasrat untuk menurunkan kadar bayaran meletak kereta dalam masa terdekat memandangkan tempoh operasinya masih baru.
Pengurusnya, Vincent Chong berkata kadar bayaran tersebut sememangnya berpatutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan pihaknya berbanding caj yang dikenakan di tempat meletak kereta Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) sebelum ini.
"Kadar bayaran meletak kereta di klia2 dan LCCT masing-masing adalah RM46 dan RM40.50 sehari. Jika hendak dibandingkan dengan kadar bayaran di kedua-dua tempat, perbezaan kosnya sangat minimal.
"Ini disebabkan pihak kami juga telah meningkatkan pelbagai kemudahan seperti kawalan sekuriti 24 jam, tempat meletak kereta berbumbung dan berpagar, 'servis buggy', dan ruangan kapasiti sebanyak 5,690 petak tempat meletak kereta disediakan untuk keselesaan para pengunjung," katanya.
Kata Chong, tempat meletak kereta lapan tingkat itu sentiasa penuh pada setiap hujung minggu serta cuti umum dan ini membuktikan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengunjung.
"Bagaimanapun, pihak kami akan terus mendapatkan maklum balas daripada pengunjung untuk melakukan penambahbaikan pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Azmi Murad berkata tempat meletak kereta alternatif disediakan bagi mereka yang mahukan kadar bayaran lebih rendah iaitu di Long-term Car Park (LTCP) yang terletak di Jalan KLIA1.
"Terdapat 6,000 petak dengan kadar bayaran sebanyak RM2.50 bagi setiap jam atau RM32 untuk satu hari.
"Namun, pengunjung perlu menaiki bas ulang-alik yang disediakan secara percuma pada setiap 15 minit untuk ke terminal kerana jarak perjalanannya agak jauh iaitu kira-kira 7 kilometer dari LTCP," katanya kepada Bernama.
Ulang siar entri Caj Letak Kereta Di KLIA2 Kekal RM46 Sehari. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment