Majikan Ibu Kepada Remaja OKU Tampil Dedahkan Gaji Kakitangannya.
Kali neh ibu Lola pasti akan bertambah2 tertekan.
Pertama. Semua orang kat tempat kerja dah tahu kes dia.
Kedua. Semua orang dah tahu tempat tinggal dia.
Ketiga. Semua orang dah tahu rupa paras dia.
Keempat. Semua orang dah tahu gaji dia.
Kelima. Semua orang hanya menyalahkan dia. Dan hanya dia.
Keenam. Semua orang dah tahu rupa paras anak kedua dia.
Ketujuh. Bila anak kedua dia mula bersekolah pasti ada pihak2 yang akan bertanya2.
Jadi.
Adakah dia masih boleh menetap disitu?
Adakah jiran2 tidak akan memandang serong kepadanya?
Adakah masalah akan selesai dengan serangan demi serangan?
Adakah majikannya tidak akan berhentikan ibu Lola selepas ini?
Boleh kah ibu Lola bekerja secara aman seperti sebelumnya?
Boleh kah ibu Lola berhadapan dengan tekanan dan kecaman dari masyarakat?
Aku rasa. Bingung.
Macam mana nak fahamkan situasi neh. Aku tahu tindakan ibu Lola tak betul. Tapi aku tak rasa kita patut keterlaluan dalam menyerang dia. Aku juga rasa kita patut focus isu2 bantuan kepada golongan OKU. Tapi entah la.. serangan kepada ibu Lola oleh masyarakat memang maha dasat sekarang neh..
Baca la penjelasan dari majikan si ibu Lola pula kat bawah neh ;
Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai saluran untuk membantu.Pengurus Kanan Modal Insan Brahim’s Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya itu dengan pihak syarikat ataupun Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38 dan, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk membuat pinjaman peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati terkurung dalam rumah di Flat Semarak, Taman Semarak Nilai, dekat sini, Sabtu lalu.Keadaan Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dilaporkan stabil dan semakin pulih. – Harian Metro
Ulang siar entri Majikan Ibu Kepada Remaja OKU Tampil Dedahkan Gaji Kakitangannya. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment