Tarif Elektrik Naik Bermula Bulan Depan (Julai 2014).

 On Wednesday, June 25, 2014  





Tarif Elektrik Naik Bermula Bulan Depan (Julai 2014).







Agensi tenaga elektrik, MyPower Corp Bhd menjangka kenaikan tarif elektrik bermula bulan depan, enam bulan selepas Putrajaya mengumumkan tarif elektrik baru Januari lalu.



MyPower berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan peningkatan harga gas antarabangsa.



"MyPower menyatakan mereka mencadangkan Kabinet kekal dengan mekanisma Pelaksanaan Pelepasan Kos Bahan Api (FCPT), di mana tarif akan diselarikan berdasarkan harga gas antarabangsa setiap enam bulan.



"Penyelarian pertama dijangka bulan depan yang akan menyebabkan tarif elektrik naik kerana harga domestik gas rendah daripada antarabangsa," kata MyPower yang dipetik daripada The Star hari ini.



Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (EC) dan juga penasihat MyPower, Datuk Abdul Razak Abdul Majid bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah kenaikan yang bakal diumumkan kerajaan.



"Apa yang boleh saya beritahu ialah harga cecair gas asli (LNG) naik. Terdapat kuantum yang naik dan turun," katanya.



Sementara itu, Pegawai Kanan MyPower Azimah Abdul Aziz berkata antara Januari hingga Jun, harga LNG naik kepada 10%-25% tetapi harga batu arang turun 10%-15% antara tempoh tersebut.



Bagaimanapun, Azimah berkata kenaikan tarif perlu dijalankan untuk merapatkan jurang antara kos sebenar janakuasa tenaga dengan tarif yang disubsidikan ketika ini.



"Kos sebenar kuasa tanpa subsidi sekitar 42 sen per kWh seperti dicadangkan ke atas tarif semasa 38.53 sen per kWh.



"Memandangkan kos minyak dijangka naik, jurang antara kos sebenar dan tarif semasa dijangka akan melebar," kata Azimah.



Azimah berkata, sekiranya tarif semasa dikekalkan, jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan akan mencapai antara RM12 bilion hingga RM14 bilion bagi tahun ini saja.



Semakan terakhir tarif elektrik dijalankan pada Januari lalu yang menyaksikan peningkatan 15% kepada 38.53 sen per kilowatt-jam (kWh). – TMI -



Malas aku nak cakap.



Penat. Aku dah boring asyik ulang2 taip benda yang sama. Perkara yang sama. Bercakap hal yang sama. Bukannya puak2 UMNO tue nak faham. Nak cuba untuk faham pun dorang takan buat. Dok puja sangat setiap tindakan2 kerajaan mesti betul.


Nah. Amek la kenaikan ini. Mampos la kita semua bersama2.


Kbai.



Ulang siar entri Tarif Elektrik Naik Bermula Bulan Depan (Julai 2014). bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Tarif Elektrik Naik Bermula Bulan Depan (Julai 2014). 4.5 5 Unknown Wednesday, June 25, 2014 Tarif Elektrik Naik Bermula Bulan Depan (Julai 2014). Agensi tenaga elektrik, MyPower Corp Bhd menjangka kenaikan tarif elektrik ber...


No comments:

Post a Comment