Kisah Sedih Mesti Baca - Bapa Bantai Anak Kaw2 Sampai Mati Hanya Semata2 Anak Nak Bantu Keluarga.

 On Sunday, July 6, 2014  





Kisah Sedih Mesti Baca - Bapa Bantai Anak Kaw2 Sampai Mati Hanya Semata2 Anak Nak Bantu Keluarga.



Baca berita yang dikongsikan oleh Dr.Maza di laman facebooknya tadi. Ya Allah. Memang zalim gila babik bapa dia tue.


Fikir ek.


1. Dah la bantai anak teruk2.


2. Tak bawa ke hospital satu hal.


3. Bila dia tahu anak dia dah meninggal dunia, dia lari.


Apa punya bapa neh? Bapa ke bangsat?


Ah mula la aku nak mencarut apa bagai.



Yang paling bangsat sekali bila aku baca sebab kenapa si bapa bantai anak.



- Bukan terlibat dengan kegiatan rempit.

- Bukan mengandungkan anak orang.

- Bukan terlibat dalam jenayah.

- Bukan terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

- Bukan hisap dadah.

- Bukan terlibat dengan arak.



Tapi apa?



Tapi hanya semata2 nak bantu ringankan beban keluarga. Kesian tengok adik2 berbuka makan bubur nasi dan air kosong. Maka minta dizinkan untuk bekerja bagi meringankan beban keluarga. Sekali bapa dia naik angin lalu dibantai anak sulung kaw2 sampai mati. Bila sang isteri nak minta tolong jiran2 untuk lapor ambulance si suami tak bagi. Isteri pun satu biol. Selamatkan anak dulu. Lantak p la dengan suami ko tue. Yang penting selamatkan nyawa anak. Memang gila babik la pakcik tue. Umur dah tua. 50an. Tapi perangai macam hapa.



Baca ;



Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.



Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri selepas dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam.



Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.



agaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai seolah-olah tercabar lalu membelasah anak sulung keluarga itu.




Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.



Katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.



"Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.



"Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.



“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia," katanya.



Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia. -HM-


Dan aku tertarik bila MAZA ulas ;





Memang dah betul sangat dah tue. Zalim2 ibu pun lebih zalim lagi si bapa. Lebih banyak bapa yang bersikap zalim pada anak2. Dapat bini baru bukan saja tinggalkan bini lama bahkan berbuat zalim pada anak2.


Aku rasa masyarakat dah taboo dengan sikap bapa yang zalim. Bersepah2 kat Malaysia neh. Kahwin pandai. Bagi nafkah tak pandai.


Teruk2 si mak pun, dari segi bilangan yang tak bertanggungjawab, laki lagi ramai. Yang buat aku sakit ahti. Masyarakat asyik nampak salah wanita. Tapi lupa, laki pun kalau buat hal boleh tahan bangsatnya juga. Banyak dah contoh. Malas nak sebut satu persatu. Tengok kes artis sudah. Terbukti!



Kbai.



Ulang siar entri Kisah Sedih Mesti Baca - Bapa Bantai Anak Kaw2 Sampai Mati Hanya Semata2 Anak Nak Bantu Keluarga. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Kisah Sedih Mesti Baca - Bapa Bantai Anak Kaw2 Sampai Mati Hanya Semata2 Anak Nak Bantu Keluarga. 4.5 5 Unknown Sunday, July 6, 2014 Kisah Sedih Mesti Baca - Bapa Bantai Anak Kaw2 Sampai Mati Hanya Semata2 Anak Nak Bantu Keluarga. Baca berita yang dikongsikan oleh Dr.Maz...


No comments:

Post a Comment